salam untuk entri ke dua hari ni....dua tiga hari ni aku dok tunggu2 berita dari adik aku yg kat PULAREK, PULAPOL Johor tu....ape kabor le adik bongsu aku kat sana...dia tengah training untuk polis.. semalam dapat phone call dari adik aku, lega sikit walaupon dia kata sekarang ada kes kat sana... parents dah boleh melawat selama dua hari 19 dan 20/03/11
emmmm pagi ni aku baca berita harian online tengok sorang lagi meninggal pasal adenovirus...walaupon tempat latihan tu lain2 tapi aku tetap risau...yelah menda ni boleh merebak kan....YAALLAHHH selamatkan lah semua bakal2 pejuang ngara dimana2 pon mereka berlatih dan berjuang...semoga ALLAH memberkati usaha2 murni mereka untuk membela tanahair...
insyaallah...kalau takde aral aku akan bertolak ke johor malam nanti untuk jumpa adik tersayang (HAZAM HAMYASSA ALHAFIZ BIN HJ SERNUSI). nak tengok keadaan dia kat sana macam mana..doakan mereka semua ye kengkawan..terima kasih:(
Pelatih inspektor korban Adenovirus
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/03/18
KUALA LUMPUR: Seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini pagi semalam selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti 'Adenovirus'.
Mohd Redzuan yang berasal dari Bandar Sungai Buaya, Rawang dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi.
Bapa Mohd Redzuan, Ishak Daharin, 48, menyifatkan kematian anak sulung daripada tiga beradik itu sebagai suratan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.
“Walaupun saya kehilangan seorang anak yang sangat baik, saya reda... Selepas doktor memberitahu keadaan anak saya semakin kritikal malam tadi (semalam), kami sekeluarga, datuk serta neneknya sentiasa berada di sampingnya sehinggalah dia meninggal dunia.
“Dari kecil dia (Mohd Redzuan) memang mahu menjadi seorang inspektor dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat galian minyak dan gas semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.
Ishak dan isterinya, Nur Faridah Anum Isa, 48, turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu dari segala segi termasuk sokongan moral sepanjang anaknya dirawat di HKL
9 org mintak aku reply komen;P:
isy.. risau betul dengan mcm mcm jenis flu sekarang nij
haaaa.....susah nyer nk komen kat kwn-kwn ni..sb pc ni asyik prob je...
btw..harap-harap & didoakn adik akak tak ape2 ye..
hope adik awak ok...
bk: tulah pasal kan...hope kite semua dilindungi ye..doa bebanyak:)
izwa...adehhhh nape ni yang...susah eh
ila...thanks ye..
hrp2 takde pape lah kan..
insyallah.. semoga ur brother sihat2 sentiasa sis!
insyallah
adik akak takkan apa2
harap2 virus ni tak merebak
farra: doakan semoga takde pape ye dear:)
neena!! thank u so much dear
nuyue..insyaallah...harap2 gitulah
adik izah dulu kt pulapol muar,risau kan coz dorang training dlm hutan bagai..moga sumenya slmt
Post a Comment