salam korang...sementara tunggu somi balik nak pi klinik aku terbaca menda ni plak...korang nilailah sendiri ye aku malas nak komen banyak2..emmmmm ada sumber kata budak ni putus cinta...ntah lah..mintak jauh lah dari kehidupan kite...
Hadis : Status Orang Mati Bunuh Diri
Huraian :
i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian BUNUH DIRI. Dilaporkan bahawa puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.
ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.
iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.
iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)
12 org mintak aku reply komen;P:
giler...xde kje dh ke nk bunuh diri...sengal betul..
sini pun ada erk..
byk blog dh letak pasal benda nie.
hehehehe..
sanggup budak tu memalukan keluarga die.masyAllah.
rasa nyadengar sebab nak bunuh diri pasal x pas spm kak..dengar kat radio ..xtau la klu ada lagi yg bunuh diri gak hehe..
nuyue ada baca kat satu blog tu,dia ckp budak ni dah terlanjur dgn bf lepas tu bf dia tak nak bertanggungjawab..xtahu laa betul ker tak..
tapi kan
kalau iman dah xder,maka senanglah syaitan yang durjana tu menghasut utk buat perkara2 yang dilarang
bila akal tidak mampu berfikir dengan waras, ginilah jadinya. mmmmmm
huhu..kat kb mall.. ermmm..budak2 skang ni,taksub sgt kan..gini la jd nye..
mati ke budak tuuu...tak berani pulak nak klik kat video tuuu
ni lah akibatnye nye bila cinta menguasai diri .
Sebab tu lah pentingnya didikan agama, kerana hanya itu benteng yang kuat bagi seorang muslim..
hehe.ni la org kata nak mati sebelum ajal..
aishhh..mana lah iman kan.
TQ info tu kak..huhu ngeri..ntah hidup atau mati...atau tak cedera ke dia eh
Post a Comment