Thursday, June 30, 2011

Mama, isteri dan sahabat mereka:)

Salam dan selamat malam kengkawan kuuuuuu

Udah makan malam??? masak ke?? beli? tak kisahlah ye...janji isi perut
Masih keroje?? kat opis?? alololo ciannya...keroje2 jugak..kesihatan kena jaga ye

Hehehehe...motip???? aku nak bagitaulah...aku ni mama pada anak2 aku lah...
Isteri pada suami aku...dan sahabat pada suami dan anak2...Petang tadi macam biasa lepak umah mak dan dengau le beliau membebel...dalam pada masa yg sama aku termenung...emmmm esok2 aku dah tu macam tu lah kannn...membebel dan mengadu pada anak2...

Emmm...cepat betul masa berlalu..masa arwah nenek tinggal dengan mak..beliau bebel2 ngan mak citer anak yg ini anak yg itu..aku nak pegi sini..aku rindu sipolan....sekarang ni turn mak plak..lagi seploh tahun turn aku pulak kannnnnnnnn...sampai umah aku dengor lah anak2 pulak mengadu..

Mama..sabtu ada merentas desa..cikgu suruh bawak gula 2 kilo!!
Mama..putra masuk jaguh kampung nak lawan sekolah lain pulak
Mama...jom masuk larian dengan ain nanti dapat hadiah...
Mama...mia nak jajan!!

sorang2 nak berborak ngan aku...peh tu pi dapor..tengok suami tengah goreng sukun...layan dia pulak berborak kat dapor sambil aku masak dinner...emmmm macam ni lah rutin harian kami...
Inilah pusingan hidup kannnn....semua pon akan melaluinya...cuma cara masing2 berbeza...

Korang macam mana??? mesti tak sama kan kannnnnnnnnnnn... Malam ni aku masak simple:)

 sambal udang suami isteri...hahahahaha 

sup sayur suhun sayangkuh...lalalalala

**suka hati aku lah nak letak nama ape kannn...aku yg masak...ekekeke
udah makan sebenarnya..nak jenjalan umah kawan2:)

~~adiozzzzzzzzzzzzzzz~~

Jom Reka Dialog

Salam semuaaaaaaaaaa

Sebelum tu aku nak gggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr duluuuuuuuuuuu
wohooooooooooooooo sakit jiwa raga aku..macam2 aku cuba neh...sekarang makai IE...tadi pagi makai google chrome boleh lepas tu takleh...sekali kata suruh delete cookies le bagai takleh jugakkkkkkkkkkkk....

Sori sifu...terbebel japs...gara2 your segmen lah ni tau!! ai kan suke segmen dialog2 neh...lalalalala
ready guys!!! sila klik header kalau nak kapal selam amik korang lahhhhhhhhhhhhhh

  
pesanan pada sifu...kalau berjaya publish yg ni memang u ada bela hantu lah..erksss!!! penat dari tadi try tak boleh2 okehhhhhhhhhhhhhhhh



image

isteri: ABANGG!!!! ngape mulut bau musyuk beno?????????? ai tak suke lah!!!! jangan cium okehh.....jangan nganga besor2!!! mencikkkkkkkkkkkkkkk

suami: Sayang oiiiii (sambil nganga molot!!) ape pulak busuk2 ni..u tak tau ke mulut busuk ni yang bagi rezeki...ai kan penceramah!!! satu hari tak makan tak minum!!! asik becakap jerkkkk!!! mestilah busuk!! u tak kesian ngan ai ke????????? huh

isteri: alolololo pasal tu musyuk eh..u tak makan ke? alaaaaaaaaaaaaa siannya..sorilah bangggg...ai stress hari ni sebab banyak keroje:)

suami: tulahhhhh bila dah lama kawin ni semua busuk je...meh peluk cepat!! mintak ampun!!!

isteri: okeh2 meh ai peluk..sori eh...mmuuaaaaahhhhhhhh

image 



**moral cerita diatas...jgn belum kawin je semua wangi okeh...dah kawin pon kena bagi semua wangi...tak kire lelaki ke perempuan ke..semua kena jaga penampilan diri...alalalalalala tiru macam sayaaaaaaaaaaaaaa...hahahahaha

~~adiozzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

Testing testing....#1 ST : Spontaneous Thursday

Salammmmmmmm


Blogspot buat hal eh??? hal ape?? nak cuba publish boleh ke idak neh..
Aku makai mozilla neh....tapi aku memang tak tau ape masalah sebenornye...so, aku nak buat ni lahhh

Spontaneous Thursday

I MISS MY CHILDHOOD VERY2 MUCHHHHH!!!!!

~~adiozzzzzzzzzzzz~~

Ia Semakin Kecil!!!

Selamat pagi duniaaaaaaaaaaaa

Erkss....macam satu dunia baca blog aku..hahahaha lalalalala
Korang dah sarapan eh??? pagi ni rasa macam nak makan kuih..dah dua tiga hari aku bedal nescaffe je pepagi
Malas nak makan konon2 diet...takdo makno lah haiii...aku malas makan pepagi ni...nanti dengan gigi terselit2 makanan..dengan tetiba nak rasa pi toilet pulokkkk....betul pe..korang kalo makan pepagi ada rasa nak ke toilet tak??? ade kan kan kan

Ni haaaaaaaaaaaaaaa aku nak bgtau...memang dalam islam 9/10 daripada pekerjaan ada lah perniagaan..tapi tulah semakin kite maju semakin kite tersepit dengan tekanan2 yang ada ni kannnn....Aku ni dok masih dipendalaman so, aku tak tau lah berapa rega2 makanan untuk bekpes or lunch kat luar kan...tapi bila sesekali membeli aku terperanjat gaks....psssttt!! aku baru tau rega roti canai dah 80sen sekarang ni eh???


hahahahaha memang betul2 dok bawah tempurung!!! Tadi aku beli kuih tempat selalu...kuih ni dah semakin mengecil eh...walaupon 3ketul singgit...tapi kan kan kan sekali aku ngap je tak rasa pon aku dah makan kuih rega singgit...mak aihhhhhh... agak2 kan time anak aku besok kuih seketul singgit kot...kan kan kan

***maknanya...sila2 rajin buat bekpes sendiri makcik oiii...setakat nak buat kuih kat atas ni pejam mata je kannnnnnn...dasar pemalas tapi nak komplen....lalalalala
okehh start esok aku makan roti kering je lah...sekiannnnn sangat2 kesiannnnn:P


~~adiozzzzzzzzzzzz~~

Wednesday, June 29, 2011

Lelaki pon Menopos daaaaaaaaa...hahahaha

Salammmmmmmmmmmmm..


Baru aku tau neh...lelaki pon ada menopos jugak!!! lalalalalala
So, aku dah tau le ngape bos2 lelaki yg berumur ni selalu moody....hahahahahaha
Mencikk!!!!!!!!!!! rasa nak print and suruh derang baca tau!!! suke2 nak marah and suke nak suke2!!!
Wohoooooooooooo aku copy paste dari SINI

Benarkah lelaki mengalami 'menopause'? Ya. Ternyata lelaki yang memasuki usia 40-an juga mengalami kemunduran level hormone testosterone yang dikenal dengan andropause.

AndropauseThis is a featured page

Ingin Tahu
Pada saat mencapai usia diatas 50 tahun, pria mengalami fenomena yang hampir mirip menopause pada wanita, dan disebut andropause. Pada wanita, masa menopause memiliki batas yang jelas, yakni berhentinya haid sebagai tanda perubahan dari masa reproduksi menuju masa senja, sedangkan pada pria batas tersebut tidak jelas. Namun demikian, keduanya sama-sama mengalami penurunan kadar hormon seks. Pada wanita, yang menurun adalah kadar estrogen, sedangkan pada pria kadar testosteronnya. Penurunan kadar steroid seks tersebut menyebabkan perubahan-perubahan, yang akan disertai dengan berubahnya sikap dan emosi, kelelahan, berkurangnya energi, menurunnya libido dan ketangkasan fisik. Berbeda dengan menopause yang secara umum terjadi pada wanita di usia 45-55 tahun, maka masa perubahan andropause pada pria ini mungkin lebih panjang dan secara bertahap.
 

Definisi andropause (andro = laki-laki, pause = berhenti) adalah berhentinya fungsi maskulin (kelaki-lakian) akibat hilangnya fungsi testis (buah zakar) dan/atau kelenjar anak ginjal (adrenal) dalam memproduksi hormon testosteron, yang ditandai dengan sekumpulan gejala. Sebagian pakar beranggapan bahwa istilah andropause secara biologis kurang tepat, karena di sini tidak terjadi penghentian fungsi dalam arti sesungguhnya. Produksi spermatozoa terus berlangsung meski dalam jumlah lebih sedikit. Fungsi seksual maupun fertilitas masih terjadi, hanya memang menurun. Pada andropause tidak terjadi penghentian proses biologis tertentu, melainkan hanya kemunduran fungsi sejumlah organ tubuh, termasuk fungsi seksual. Istilah andropause tersebut lebih ditujukan untuk sindrom klinis yang ditandai perubahan fisik dan emosional pada pria yang dihubungkan dengan proses penuaan dan menurunnya kadar hormon steroid seks secara bermakna.
 
Penyebab
Andropause disebabkan oleh menurunnya jumlah hormon seks tertentu dalam tubuh seiring proses penuaan, terutama testosteron. Mulai sekitar umur 30-an, kadar testosteron menurun sekitar 10% tiap 10 tahun. Pada saat yang sama, faktor lain dalam tubuh yang disebut globulin pengikat hormon seks (sex hormone binding globulin atau SHBG) meningkat. SHBG mengikat lebih banyak testosteron yang beredar dalam darah dan membuat testosteron tidak dapat mengeluarkan pengaruhnya pada jaringan-jaringan tubuh. Akibatnya testosteron bebas yang tersisa (bioavailable testosterone) semakin sedikit untuk menjalankan fungsi-fungsinya. 


panjang benau ni...korang sambung le baca kat SINI eh... 
nak print nak bagi somi terchenta aku baca...lalalalala



~~adiozzzzzzzzzzzzzzz~~

Kesian Salleh Yaakob-walaupon bukan fan dia:)

Salammm...ingat nak diam dan berblog walking..

Tapi tertarik pulak dengan berita ni...emmmm kan aku dah kata..tak semua org boleh terima gurauan kannnnnnnn.. sama jugak macam isu Sepah tu kat SINI
Kire WORDLESS jugaklah ye..sebab aku copy paste jerkkkk dari berita harian online

Salih bengang!
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/06/29

Kisah perkahwinannya seperti tidak dihormati, jadi bahan senda dan jenaka berlebih-lebihan

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran.
Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.
Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.

Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.

Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.

Menurut Salih, ketika dia diundang untuk menjayakan slot itu, tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan buah tangan terbarunya itu kepada khalayak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Saya tak kisah isu perkahwinan saya itu diperkatakan, tetapi apabila ia sampai menenggelamkan tujuan asal segmen selingan itu dibuat membuatkan saya bengang dan kecewa.

“Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.

“Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?” pertikai Salih kembali.

Disebabkan sikap tidak peka mereka itu, Salih dalam getar suara penuh rajuk itu menegaskan dia seakan serik jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan programnya itu.

“Bayangkan, saya diberikan lebih kurang lima minit untuk mempromosikan program SY I Follow, tetapi disebabkan itu, kesempatan berkenaan tidak ada dan saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pengacara AC Mizal muncul dan menyebabkan objektif slot selingan itu gagal mencapai matlamatnya.

“Saya sudah lama dalam bidang ini dan apabila diperlakukan seperti itu, saya terasa seperti pengalaman yang saya ada tidak dihargai. Terus terang, selepas ini saya sudah tawar hati jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan program saya itu. Kalau ada, adalah, saya tidak mahu terlalu mengharap,” katanya yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Melihat kepada gandingan Salih dan Mek, ternyata gabungan itu tidak begitu sesuai dan tiada keserasian antara keduanya. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, lelaki berusia 50 tahun ini akur dengan kenyataan itu.

“Mek muncul dalam segmen itu bersama saya kerana dia juga terbabit dalam program SY I Follow itu. Begitupun, kalau hendak diikutkan, saya lebih suka jika digandingkan dengan Kak Engku ataupun Amy Mastura kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi produksi yang pilih, saya tidak boleh kata apa,” ujarnya sambil mengakui tidak mahu menonton kembali rakaman segmen selingan itu dek terlalu kecewa dengan hasilnya.

SY I Follow hasil populariti di radio

TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.

Disebabkan populariti watak itu yang semakin mencanak, karakter lucu itu akan dapat disaksikan di dalam program terbitan Global Station yang akan disiarkan di saluran Astro Warna, setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula 8 Julai depan.

Bercerita panjang mengenai program itu, Salih berkata idea untuk menghasilkan sebuah program bual bicara seperti itu sudah lama ada dalam kepala, namun kesibukannya membuatkan hasrat itu terbantut begitu saja.

“Sebelum ini memang ramai yang minta saya hasilkan sebuah program bual bicara yang ada kaitan dengan diri saya sendiri. Jadi berdasarkan populariti karakter yang saya tampilkan dalam radio ditambah sambutan yang hangat diberikan oleh pendengar membuatkan saya rasa adalah elok jika karakter itu saya wujudkan dalam program ini,” katanya.

Terdapat beberapa segmen dalam program itu seperti I Follow, Betul Tak? Kembang Sa-Taman, Corat-Coret dan Lagu Merapu dan juga terdapat segmen yang akan memperkatakan topik semasa. Rancangan ini lebih berbentuk santai.

“Seperti judulnya SY I Follow, program ini lebih kepada untuk mengajak penggemar saya mengikuti apa saja perkembangan saya serta apa yang saya lakukan,” katanya yang turut mengundang selebriti dan personaliti popular sebagai tetamu undangan programnya itu.

Antara selebriti yang diundang termasuklah Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn.

Selain terbabit dalam industri hiburan dan penyiaran, Salih berkata, dia kini sedang berjinak-jinak dalam dunia motivasi apabila sering diundang untuk menyampaikan ceramah.

“Sejak kebelakangan ini memang saya sering diundang untuk menyampaikan ceramah mengenai kehidupan berumah tangga dan amalan poligami. Saya tak kisah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka kerana ia juga adalah satu cabang ilmu yang perlu dikongsi bersama.

“Saya juga mahu serius dalam bidang ini kerana sudah sampai masanya untuk saya mencari bidang baru selain bidang penyiaran yang saya ceburi ini. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan. Saya masih perlukan kedua-duanya,” katanya.

~adiozzzzzzzzzzzzzzz~

Wordless Wednesday ~ Diam itu terapi minda

Salammmmmmmmm

 ehsan google

Tuesday, June 28, 2011

Orang ada blog ko pon nak kannnnn???

Salam korang semuaaaaaa...

Udah makan tengahari ke belom??? Bak kata jowo tu "wes mangan orong" hahahaha
Aku dah makan...dan sambil makan ligat otak aku pikir..

Ape tujuan aku berblog eh?? Sampai mana kah arah aku nanti?? Tercapaikah hasrat aku tu?? Ape yg aku dapat?? Buruk baik berblog tu ape??? Mengapa nak kena berblog???

Wahhhhhhhhh sila2..sape nak jawab...idea dan jawapan paling best aku bagi hadiah..hehehe
Tujuan...okeh kalau kata tujuan ni yg dulu2 ye masa memula aku join forum..derang suke life aku derang suruh aku berblog le...masa tu aku langsung tak tau berblog ni boleh dapat duit..SEYES!!! memang tak tau langsung...masa tu aku eksaited..seronok mencoretkan semua hal peribadi yg indah2 didalam blog aku neh..

Lepas tu aku senyappp....malas sudah sampai..so, aku diam..kengkadang je aku hapdet..kata org melepaskan batuk ditangga...emmm lepas tu agak2 setahun aku rasa nak aktip semula...lagi2 bila aku tengok blog2 yg pemes2 tu boleh dapat duit ribu raban!! wahhh berblog je dapat duit???? bior betul neh???? Korang jangan kata korang takmo duit eh...aku cepuk kang!! mana ada manusia zaman sekarang tak mo duit..nampak benau menipunyeeeeeeeeeeeeeeee

So, mata kuar RM!!!! konon2 setakat menulis je dah boleh dapat duit...hahahahaha memang dasar mata duitan!!!!! tapi lelama aku sedar...sangat2 sedar....menjadi kesukaan org bukanlah mudah...nak menarik perhatian org jugak sangat2 susah...aku rasa biarlah aku dengan tujuan asal aku..berblog hanya sekadar meluahkan ape yg ada dalam hati...berkongsi suka dan duka pada yg sudi membaca..

Kite kena sedar dimana letaknye kemampuan kite kan...semua org ada aura masing2....so, kalau memang sudah ditakdirkan anda bukan dalam bidang in terima ajelah...banyak lagi cabang lain anda boleh kembangkan bakat...maksud aku bakat menulis lah...aku memag takde bakat ...kalau bakat merapu aku pandailah...ekekekeke

So, kengkawan blogger semua...agak2 koranglah ye...ape yg korang dapat dengan berblog neh??? kawan2?? musuh2??? org yg disayang dan menyayang?? atau sekadar jadi diri korang sendiri...
tepuk dada tanyalah hati ye..susah nak puaskan hati semua org...so, kalau rasa2 nak jadi selfish jagalah hati sendiri...aku ni dah puas sakit hati...so, malas nak jaga sape2 punya hati...lalalalala
Tadi aku makan hati 2pcs!! ekekeke memang gile lahhhh..

Ni bukan entry sedih ke hape tau!! bukan merajuk sebab tak pernah kenal ape tu BE..HADE HAKU KESAH!!!sebenarnya aku kesah lah wehhhh Korang kgn ingat aku merajuk plak...sapelah aku nak merajuk2 ngan korang yg dah pernah dapat BE beribu raban tu kannnnnnnnnn...mintak sikit boleh? lalalalalala

Okelahhh sebab aku kena marah pepagi buta tadi...so, aku boikot takmo buat keroje...pi mampuslahh!!
~~sopan sikitlah wehhh mak budak woiii!! hahahaha korang semua jgn ingat otak aku betul sentiasa..ada masa aku sewel jugakkkk...nama pon manusia kan...kena sudahi dengan ni "astaghfirullahhh hala'zimmmmm"
ampun ye semua....kalo merepek just ignore lah -peace-

 aku rindu ini budak kecikkkkkkkkkkkkkkkk!!!! uwaaaaaaaaaaaaaaa pagi tadi dia nangis..."mamaaaa nak ikutt....nak ikutttt" nak pelukkk mia nak peluk mamaaaaaaaaa" sob sob sobbbbbb

 sayang kamu banyakkkkkkkkkkkkkk2

~adiozzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~

It's Her Bday!! 280696-280611

Salam dan selamat pagiiiiiiiiiiii..........

Hari ni tekak rasa gatal bebeno aihhh....sat gi nak minum teh madu lah..sebelum suara hilang..ekekeke
Ape kabor le korang semua...harap2 sihat le ye...mana yg sakit tu sila2 lah makan ubat...takmo dah melarat nanti baru nak pi spital...eh, dah mcam deejay radio lah pulokkkk

Ok...Hari ni bday anak dara sulung aku tu....Masa ni 15thn lepas lah ye...aku dah kena tahan kat wad dah neh..Sebabnya tetiba tekanan darah naik..dari semalam dah dok wad...Hari ni doktor periksa nadi baby dan nadi aku lah off coz...

Satu hari satu malam dok dalam wad besalin!! Dah le anak sulung...dengau pulak org dok meraung2...ape lagi bertambah2 naik le darah aku...tinggi woooooo...doktor suruh aku relax...ekekeke Mana boleh relax aihhh..sekejap2 org menjerit2..yg sebelah katil aku plak dok borak2 ngan asben dia kat tepi tingkap..tetiba darah mengalir kat kaki dia macam air paip...mak aihhhhhhhhhh lagi lah aku jadi ngeri..ish ish ish

So, bila 3 kali doktor periksa darah aku tak turun2..akhirnya aku terpaksa di induce... Sekali induce takde pape...dua kali induce baru aku rasa sakit...bila bukaan dan 7cm..doktor pecahkan water bag....hahahaha
Aku kelakor le masa neh..sebab derang bawa menda panjang depan tu tajam ala2 tumpul gitu...aku tanya "ape tu?????" misi tu senyum je..."awak diam2 le..saye dah pecahkan air tuban neh"

So, tepat2 jam 6.42pm, hari Jumaat dak NURAIN SHAIERA pon keluarle..tak lama tu pon azan maghrib...berat dia 3.7kgs...hamik ko..anak no1 dah berat macam tu...hehehehe
Kalau korang nak tau..dengan dak ain le aku menjalani erti sebenar kehidupan...ape2 pon yg terjadi selama 15thn membesarkan dia..hanya kami2 saje yg tau..Syukur Alhamdulillah...

Aku tau anak aku yg sorang ni pasti akan lebih berjiwa lembut seperti ayahnya dan mempunyai hati yg kental seperti mamanya....
Buat Anakanda ku AIN..

Ain...mustahil mama tak mengharapkan ape2 dari kamu..
Mustahil mama tak pernah nangis kerana kamu....
Tapi itu semua tangisan gembira...tangisan membawa bahagia
Sesungguhnya mama ingin kamu tahu....segala kedukaan dan keperitan yg dahulu kite harungi
Mama anggap ia sebagai pelangi yg hanya singgah sebentar untuk membawa matahari

Buktikan pada mama wahai anakku
Bahawasanya kamu bakal menjadi nadi keluarga kite
Buktikan pada kami bahawasanya kamu anak yg benar2 berdikari
Buktikan pada semua bahawa anak org biasa2 juga boleh berjaya

Mama harap kamu akan terus berjaya dan berjaya...Mama ada sentiasa menyokong kamu dari belakang
Semoga ALLAH panjangkan usiamu dan dilindungi dibawah rahmatNYA...Bantulah adik2mu semoga mereka boleh berjaya seperti kamu ye dear...

**Kawan2 semua sama2lah doakan agar NURAIN SHAIERA dapat menjawab peperiksaan PMR dengan tenang..insyaallah..


ekekekeke...comel plak mama nengok gambo kamu neh....hahahahaha

~~adiozzzzzzzzzzzzzzzzz~~

Monday, June 27, 2011

Sukenye korang ajuk2 kan orang eh..

Salam dan selamat petang...

Baru rasa nak menghapdet neh...

Okeh...dari hari tu nak cerita pasal ajuk mengajuk neh...Bukan ape2..kalau org yg kite ajuk2 tu mereka yg memang ada dalam dunia seni aku tak kisah le kannnn...Tapi kalau mereka ni terdiri daripada golongan pendakwah aku sedikit rasa tak sedap hati lah...

Macam ML yg baru habis ni...memang le lawak derang tiru gaya seorang ustazah idola ramai org ni..Ustazah Siti Nor Bahyah tu...aku memang suke dari dulu lagi ustazah ni dari beliau ada di RTM 1 lagik...emmmm berpada2lah kalau nak buat lawak..sesekali tu tak pelahhh jangan le berulang2 kali...yang tak bestnye bebudak mengikut..dan dialog2 tu diikut sampai ada buat fan page le..ala yg tulisan kuar warne biru kat FB tu...haishhhhhhhhhhhh korang neh...ikut le yg baik2..

Lagi satu plak si Johan yg suke ikut gaya Dr. Fadhilah Kamsah tu..emmmm takmo le selalu2..sikit2 udah lah...memang le mereka2 ni takkan rasa kecil hati sebab derang ni semua berjiwa dan hati besar...tapi sedikit sebanyak mestilah derang terasa...tak pon peminat2 macam aku ni mesti ada terasa jugak..menda2 ni jadi ikutan lah...mungkin lawak bagi sesetengah org...tapi tak pada org lain kan...

Aku bukan nak tunjuk pandai... kan ada berjuta2 org lain yg boleh diajuk dan dilawakkan kenapa nak pilih mereka2 yg berdakwah pasal agama ni...aku harap mereka2 yg melawak ni lebih sensitive lah ye..bukan ape..takut lama2 nanti mereka2 yg berwibawa ni takkan dihormati hanya sebabkan lawak2 mereka ni kan kan kan...

Ape2 pon aku memang respek le kat dua personaliti pendakwah yg memang dah lama jadi idola aku dan beratus2 ribu org diluar sana. Mereka langsung tak rasa kecik hati malah rasa mereka dihargai..alhamdulillah...Cumanya hargailah mereka dengan cara yg lebih bersopan lagi..Ni sekadar luahan hati aku je ye..takde kena mengena ngan individu ke peminat sape2 kat luar sana..Jangan kerana menang bersorak kampung tergadai...ape2 pon tahniah le pada SEPAH sebab jadi JUARA:)

 gambar diambil dari facebook beliau...semoga ustazah selalu didalam rahmatnya..
sangat2 admire ustazah ni dan suami:)

gambar diambil dari akaun facebook beliau... beliau ni idola dan sahabat arwah ayah...semoga ALLAH sentiasa melindungi beliau dibawah rahmatnya..sangat2 suke semua motivasi dari beliau..

~~adiozzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

Sunday, June 26, 2011

GM, Klang-Collections Raya Part3

Salam dan Selamat malam semuaaaaaaaaa

Korang tau tak wholesale untuk baju2, beg, accessories wanita, kanak2 dan macam2 lagi...dari yang berjenama dari yg pasar malam semua ada kat situ.

Aku baru tau tempat ni dari member...selalu aku banyak beli baju2 brand burberry, zara dress, GAP, Osh Kosh dan macam lagi lah semua online..Rega rata2 50 keatas... Sekali kawan aku kata kalau beli kat GM dapat murah tapi dengan harga borong ler..

So, semalam aku ajak le somi pegi situ...tak perasan plak dekat depan Jaya Jusco, Bukit Tinggi Kelang jer....ish ish ish jawab nye lepas ni memang aku pi situ je ler....Bye2 online...ekekekeke
Cuma korang kena beli minimum 6pcs baru derang boleh dapat rega borong lah...misal kata kalau rega selai baju 50++...bila beli borong dapat selai 25hengget...gile??? jauh beza kan kan kan...haishhhh
Sekarang aku dah tau le bape keuntungan derang ni kan kan kan ...lalalalalalalala

Jom tengok ape aku borong..hehehehe biasalah kan..baju dak mia le ape lagikkk

 lepas memborong...ekekekek dak mia still steady walaupon belum makan:)

 uihhhhhhhhhhh memang murah2 sakit mata dan hati kalo tak beli aihhhh

 beg couch banyak neh..gred AAA..rasa menyesal plak beli yg ori ish ish ish

 tempat shopping ni memang selesa lah walau takde KFC ke pizza ke..janji berbumbung dan berekon kannnnn takdelah berpeluh2:)

 baby tight untuk mia...saiz 90 paling besau...lepas ni kena beli legging le mia:)
murah neh..selalu beli onlin 12hengget ni aku dapat le ehem ehem

 beg dak mia ngan abang putra kalu beli dua tak dapek lah murah..kalau beli 3 keatas dapat murah...so, kena beli lagi satu kakak ain punya..dapat satu 30++ (beg kakak ain dah simpan)

 dompet anna sui katanya...beli satu je tak dapek le rega borong:(

 jersi abang putra cuma 15hengget jerrr

 osh kosh dan zara shirt...berbaloi2...lari cukai punya baju..opssss

 banyak2 kedai aku aim dress merah ni haishhhhh kalo beli satu 56hengget 

 burberry neh...rega selai dalam 48 rasanya

 yang ni pon burberry...leboh kurang jugak le reganya

 harap2 tak rambang mata nak beli lagi nehhh...budak pompuan punya baju memang lahhh

 rembat jugak le selai dua baju mama..heheh

du helai cukup lah ye:)

 sempat gak buat mee sizzling lagik tuuuuu..hehehe

**aku saje nak share ngan korang tempat2 baju yg ada kualiti dan kire mampu beli lah ye...selesa pon selesa lah material dia..jgn ingat yg bukan2 eh...wokehhhhhh

Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Salam korangggggggggggg...

Nak kembalikan mood ni kena lah berblog walking...aku nak join again and again my sifu neh. Blog sape yg aku rasa nak hack eh??

macam biasalah kengkawan korang pi klik header kalo nak join eh

Okehhhhhhhhhhhh kat sini aku nak bgtau le aku teringin sangat nak hack blog budak sorang ni...nak tau sape ke? ce teka ce teka........aku geram aihhhh
budak ni payah benau nak makan nasihat
agak2 kalau aku bagi dia nasi basuh ngan air zam2 boleh baik tak???
suke benau bab2 lucah neh dah macam kumpulan sepah plak
walau macam mana pon aku terhibur lah..bebudak muda lah katakan:P
hahahahaha jangan marah lah dear...
akak memang suke mengusik ko kannnn
maklumlah hati payau..erksss ada terasa ke???
sebenarnya kan kan kan korang jgn le gelak okehhhhhhh
aku baru ada mood neh...tapi nak bgtau gak le
lantak korang le kalau nak gelakkkk...aku sebenarnya bukan tau ponnn
aku tak tau nak hack blog?? dan ngape plak kena hack???
gula2 hacks aku tau lahhhh
hahahahahaha...okehhhhhhhh pi sambung gelak
budak yg aku bgtau tu adalah dak ni haaaaaaaaaaaaa
budak perasan lebih hensom dari sifu aku tu kannnnn

**sorilah adikkksss tetiba teringat dak yana tadi post gambau ekau masa dah tua esok..seb baik akak tak pandai edit..kalau idak nak try jugak jadikan muka encem tu ke 30thn akan datang...lalalalala


~~adiozzzzzzzzzzzzzzz~~

" Wacana Entri Pertama Ku"

Salam dan selamat petang...

Nak join segmen pakcik wacana plaks hehehehe ..Aku suka bab2 flashback neh
Okeh memula sila letak header beliau lah kannnnn


okehhhhhhhhhhhhh mempersembahkannnnnnnnnnnnnnnnn entri pertama ku di tahun 2009 pada 21hb April...lalalalalala kesian betul lah...ekekeke malu woooooooooooo korang jangan gelak eh..ni aku copy paste je lah ye ye ye ...sila baca jgn malu2 ye...adehhhh

Everything Simple in my Life

nur qis damia (4th child) d.o.b:010109
me and superb hubby in the world (En.Muhd Hasram Bin Haji Giman)
my 3rd child (lovely prince charming) RAID MIFZAL 300302
my 2nd beautiful princess NURIN HAZMIN (26/11/98)
my sweetie princess NURAIN SHAIERA 280696

aku adalah mama kepada 4 org cahaya mata..
isteri kepada Muhd Hasram dan anak kepada Hj.Sernusi
aku ni lahir pada tahun 1976 tahun naga ikut kalendar cine..
emmm...hobi den ni komen org..
hahaha..sekarang ni le masa korang sume nak komen den plak
sekolah dulu kat sekolah kebangsaan seri cheeding..murid terpandai that time
dapat scholarship dari BALKIS...tak tau le persatuan ni ujud lagi ke idak..
sambung sekolah kat SAMTAR...pastu hehehe

~~adiozzzzzzzzzzzzzzz~~

Tangani Stress

Salam koranggggggggg

Korang stress dengan keroje ke?? Masalah peribadi??? (cehh dah macam iklan weehhhh)
Meh ada tips ai nak share ye:)

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah.. Katakan...Saya sedang marah!
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
**saye tak stress..tapi takde mood:(

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat