Saturday, March 19, 2011

~Dua beradik mati saling berpelukan~ kanak2 umur 5 dan 6 thn ditinggalkan sendirian????


salam korang semua...pepagi ni nak bertolak ke Johor...sebelum tu aku make sure semua berita terkini dah aku baca...emmmm sungguh menyayat hati bila baca berita nan satu ni..alahaiii, kanak2 sekecik ni ditinggalkan sendirian???????? ape komen korang eh? aku tak tau nak cakap ape lah...kenapalah menda2 yg patut boleh dielakkan ni mesti terjadi jugak..kenapa???? mungkin ALLAH dah tentukan umur mereka takat tu aje....tapi perlukah kite menyalahkan takdir? emmmmm tarik nafas panjang...air kopi dah rasa air longkang...alahaiii sumber berita SINI

Dua beradik mati saling berpelukan
Oleh Misiah Taib

2011/03/19

ANGGOTA perubatan memeriksa mayat dua beradik di  Pangsapuri Tabuan Park, Kuching, kelmarin.
ANGGOTA perubatan memeriksa mayat dua beradik di Pangsapuri Tabuan Park, Kuching, kelmarin.
Kakak cuba selimutkan adik elak terkena api

KUCHING: Dua beradik ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan saling berpelukan, selepas bilik utama di tingkat dua kediaman mereka di Pangsapuri Tabuan Park dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit, Natasja Harun, 6, serta adiknya, Mohd Nurrzwan Syah, 5, dipercayai lemas akibat terhidu asap, ditemui di belakang pintu bilik ibu bapa mereka oleh anggota bomba dan penyelamat, sebaik berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 7 malam.
Ketika kejadian, dua beradik malang itu berada di rumah ketika bapa mereka berusia 28 tahun keluar bekerja, sementara ibunya berusia 20-an keluar membeli barang tidak jauh dari kediaman mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Ismail Awang Adin berkata, ketika operasi menyelamat, pihaknya menemui dua kanak-kanak berpelukan dalam bilik utama.

Siasatan awal menunjukkan kejadian mungkin bermula di bilik utama menyebabkan adik lelakinya terperangkap sebelum kakaknya berusaha menyelamatkan Mohd Nurrzwan.

“Bomba percaya, kakaknya cuba membalut adik lelakinya dengan sehelai kain bagi mengelakkan terkena percikan api ketika kebakaran berlaku.

“Ada kesan melecur pada leher kanak-kanak malang terbabit sebaik operasi memadamkan kebakaran dihentikan kira-kira empat minit,” katanya.
Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.01 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama 12 anggota ke tempat kejadian.
Setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan semalam, dengan polis akan merekod keterangan daripada kedua-dua ibu bapa mangsa secepat mungkin untuk membantu siasatan.

“Polis tidak dapat merekodkan keterangan pada hari kejadian berikutan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit masih trauma,” katanya.



8 org mintak aku reply komen;P:

iema said...

ya Allah..tersentuh hati baca berita ni..Terbayang2 anak sendiri..Tak dpt bygkan, mmg tak terbayang..

Nurul syahirah (-_-) said...

masyallah... kesiannya...

Mama Kyra said...

klu la eja jd mak budak2 ni msti rs sedih sgt..rs myesal tinggalkn ank2 dia kt uma..tp menda dh nk jd kn..al-fatehah tuk arwah

akmall said...

singgah blog...and follow...
omg...tis is too dangerous...OMG... tak pt nk bygkan...aduh....

Ila said...

kenapalah maknya tinggalkan?bwklah gi kedai

Farra Dhelina said...

alahai..kesiannya...

Makbed said...

alaaahaiii... sedihnya..

fiq. said...

So sad =[

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat