Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, July 1, 2011

ALLAH menyayangi mereka:(Sama2lah kite membantu

Salam dan selamat malam korang....

Hati terguris...robek seketika ketika membaca kisah insan2 terpilih ini... Sekiranya kite diuji oleh ALLAH dan mengeluh kerana tidak sanggup menghadapinya...Ingatlah sesungguhnya ada insan2 lain yg diuji lebih berat yg tak terjangkau dek akal...Sedang bergembira diduga direntap segala kegembiraan...tapi masih ada senyuman diwajah2 mereka..

Insaf sungguh rasanya...berat mata memandang berat lagi bahu mereka yg memikul....Sangat2 terharu..tak sanggup rasanya melihat gambar sikecil yg langsung tak dapat belaian seorang ibu:(
YAALLAH YA TUHAN KAMI...SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI...SEMOGA KAU KURNIAKANLAH KESEMBUHAN PADA HAMBAMU BERNAMA NORMA DAN RINGANKANLAH BEBAN PASANGANNYA TALIB DEMI ANAK MEREKA RAFIQ...aminnnn yarabbalaminnnnnnnnnnn..

aku copy paste kan cerita tentang pasangan ni dari blog FILLA

ini semua copy dari blog filla ye...sama2 kite amik iktibar dan harap korang yg membaca dapat menghulurkan bantuan:(
FILLA
Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....





Wednesday, June 29, 2011

Kesian Salleh Yaakob-walaupon bukan fan dia:)

Salammm...ingat nak diam dan berblog walking..

Tapi tertarik pulak dengan berita ni...emmmm kan aku dah kata..tak semua org boleh terima gurauan kannnnnnnn.. sama jugak macam isu Sepah tu kat SINI
Kire WORDLESS jugaklah ye..sebab aku copy paste jerkkkk dari berita harian online

Salih bengang!
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/06/29

Kisah perkahwinannya seperti tidak dihormati, jadi bahan senda dan jenaka berlebih-lebihan

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran.
Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.
Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.

Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.

Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.

Menurut Salih, ketika dia diundang untuk menjayakan slot itu, tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan buah tangan terbarunya itu kepada khalayak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Saya tak kisah isu perkahwinan saya itu diperkatakan, tetapi apabila ia sampai menenggelamkan tujuan asal segmen selingan itu dibuat membuatkan saya bengang dan kecewa.

“Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.

“Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?” pertikai Salih kembali.

Disebabkan sikap tidak peka mereka itu, Salih dalam getar suara penuh rajuk itu menegaskan dia seakan serik jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan programnya itu.

“Bayangkan, saya diberikan lebih kurang lima minit untuk mempromosikan program SY I Follow, tetapi disebabkan itu, kesempatan berkenaan tidak ada dan saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pengacara AC Mizal muncul dan menyebabkan objektif slot selingan itu gagal mencapai matlamatnya.

“Saya sudah lama dalam bidang ini dan apabila diperlakukan seperti itu, saya terasa seperti pengalaman yang saya ada tidak dihargai. Terus terang, selepas ini saya sudah tawar hati jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan program saya itu. Kalau ada, adalah, saya tidak mahu terlalu mengharap,” katanya yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Melihat kepada gandingan Salih dan Mek, ternyata gabungan itu tidak begitu sesuai dan tiada keserasian antara keduanya. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, lelaki berusia 50 tahun ini akur dengan kenyataan itu.

“Mek muncul dalam segmen itu bersama saya kerana dia juga terbabit dalam program SY I Follow itu. Begitupun, kalau hendak diikutkan, saya lebih suka jika digandingkan dengan Kak Engku ataupun Amy Mastura kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi produksi yang pilih, saya tidak boleh kata apa,” ujarnya sambil mengakui tidak mahu menonton kembali rakaman segmen selingan itu dek terlalu kecewa dengan hasilnya.

SY I Follow hasil populariti di radio

TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.

Disebabkan populariti watak itu yang semakin mencanak, karakter lucu itu akan dapat disaksikan di dalam program terbitan Global Station yang akan disiarkan di saluran Astro Warna, setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula 8 Julai depan.

Bercerita panjang mengenai program itu, Salih berkata idea untuk menghasilkan sebuah program bual bicara seperti itu sudah lama ada dalam kepala, namun kesibukannya membuatkan hasrat itu terbantut begitu saja.

“Sebelum ini memang ramai yang minta saya hasilkan sebuah program bual bicara yang ada kaitan dengan diri saya sendiri. Jadi berdasarkan populariti karakter yang saya tampilkan dalam radio ditambah sambutan yang hangat diberikan oleh pendengar membuatkan saya rasa adalah elok jika karakter itu saya wujudkan dalam program ini,” katanya.

Terdapat beberapa segmen dalam program itu seperti I Follow, Betul Tak? Kembang Sa-Taman, Corat-Coret dan Lagu Merapu dan juga terdapat segmen yang akan memperkatakan topik semasa. Rancangan ini lebih berbentuk santai.

“Seperti judulnya SY I Follow, program ini lebih kepada untuk mengajak penggemar saya mengikuti apa saja perkembangan saya serta apa yang saya lakukan,” katanya yang turut mengundang selebriti dan personaliti popular sebagai tetamu undangan programnya itu.

Antara selebriti yang diundang termasuklah Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn.

Selain terbabit dalam industri hiburan dan penyiaran, Salih berkata, dia kini sedang berjinak-jinak dalam dunia motivasi apabila sering diundang untuk menyampaikan ceramah.

“Sejak kebelakangan ini memang saya sering diundang untuk menyampaikan ceramah mengenai kehidupan berumah tangga dan amalan poligami. Saya tak kisah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka kerana ia juga adalah satu cabang ilmu yang perlu dikongsi bersama.

“Saya juga mahu serius dalam bidang ini kerana sudah sampai masanya untuk saya mencari bidang baru selain bidang penyiaran yang saya ceburi ini. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan. Saya masih perlukan kedua-duanya,” katanya.

~adiozzzzzzzzzzzzzzz~

Thursday, June 16, 2011

Pemain Bola Sepak Antarabangsa zaman kanak2

Salam korang....

Korang peminat bola??? aku tak!! tapi dapat email gambo2 derang ni...macam comellah pulak..
hehehehe jom layan jommmmmmmmmmmm

**seyes!! sorang pon aku tak kenal...hahahahah lalalalala aku kenal bekham je..hehehehe










~~adiozzzzzzzzzzzzzz~~

Monday, June 13, 2011

Ni ape kes????? kami bukan macam tu!!!! kalo ko iye kot!!!!

Salam dan selamat petanggggggggggggggggggg...

Entry marah lagikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!
ape barang yg dia merepek meraban neh???? nama je ada title bagus tapi otak letak kat kepala lutut eh!!!!!
Ko boleh describe tugas mulia isteri melayan kehendak batin suami sebagai PELACUR??????
WAT THE FISHHHHHHHHHH...ikan dilaut asam didarat!! belum sampai darat lidah dah kena kerat!!!!

wohoooooooooooooooooooooooooooo...ape motip ko cakap macam tu?????????????? walaweiiii
sakit hati aku neh...maknanya kami2 semua ni kena lah belajau jadi macam pelacur eh..tonggeng sana tonggeng sini lipat sana lipat sini???? mak aihhhhhhh ke somi ko pernah layan pelacur erkkksss??? superb sangat layanan pelacur tu ke??? sampai dok terlentang sampai takleh nak bangun dari katil dahhhhh????

Bukan ke Islam dah gariskan macam mana hubungan somi isteri tu..ada adab dan kemuliaan semasa hubungan seks tu...INI PENTING untuk melahirkan zuriat yg soleh dan solehah...bukan zuriat yg membawa masalah????? astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmmmmmm  semoga ALLAH mengampunkan dosa kami2 semua..kata hubungan dingin menyebabkan somi cari makan kat luar!!! kalo dah dingin tu pi le hangatkan!!! kacip fatimah ada kopi jantan ko pi betina..kopi janda..macam2 ado lahhhhh..dis is only the REASON!!!! tak boleh terima dek akal okehhhhhhhhhhhhhhhhh...

Aku tau dia maksudkan beri kepuasan maksimum dalam hubungan batin..paham sangat2..TAPI perkataan pelacur tu sangat2 kotor!!!! pelacur berkhidmat untuk mendapatkan DUIT!!!!!! so, derang kena bagi kepuasana untuk dapat duit yg puas jugak!!!!!! kalau bebudak yg baca macam mana???? ape nak jawab???? derang akan tanya pelacur tu ape??? mama ni pelacur ke?????

woooooooooooooo bikin panas menggelegak otak aku neh...sia2 aku sembahyang tonggang tonggek tadi..habis pahala sudaaaaaaaaaaaaaaaa

Aiyohhhhh mati aku kena saman kang.....tak pedulikkkkkkkkkkkkkk aku geram aihhhhhhhhhhhh
baca artikal penuh neh...korang nilaikan sendirikkk...sori kalo aku lambat!!!! sebab aku tak minat baca pasal2 pelacur neh...mencikkkkkkkkkkkkk

'Layan macam pelacur'


2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. (statement bernai mati wohoooooo)

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing

sumber berita harian online


~~adiozzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

Wednesday, June 8, 2011

Jgn beli! buah naga di ikat dgn tulang khinzir

Salam korang semua....
Tengah nak clearkan email sebanyak 3546 yang ado dalam inbox neh...tetiba nampak pasal buah kegemaran aku dan anak2 neh...atoyaiiiiii ngape lah korang kejam sangat nehhhhhhhhhhhh!!! aku ni pi cari kat Sepang sana lah tempat memang org2 melayu yg tanam...kalo beli kat supermarket camno nak tau dia ikat ngan vavi ke idak eh....alalalalalalalala susah betullah derang neh...cuba korang tengok gambau neh...

Kalau ada sapa2 boleh bagi penerangan sila2 lah ye...musykil sungguh ler






 
nampak gayanya lepasni kena tanam buah2an sebelah rumah lah ye...ayarkkk!!
kalau ada lebihan tanah takpelah kan...kalo idak?? nak cucuk tak mana? haishhhh

~~adiozzzzzzzzzzz~~

Tuesday, May 24, 2011

Lagi budak lemas dalam kereta!!!

Salam dan selamat pagi semua

Tak habis2 dengan kes kanak2 lately....hmmmm baru lepas tragedi tanah runtuh ni kes budak lemas lagikkkkk!! alahaiiii...kesiannya budak tu....seksanya dia nak hembuskan nafas..korang bayangkan macam mana???????? Jantung tersekat tercungap2...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Baca jelah kat sini malas nak ulas banyak2..huhuhu

Budak lemas dalam kereta
Oleh Betty Subaryati

2011/05/24

ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta  di Tumpat, semalam.
ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam.
Bapa sangka anak sudah keluar

MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.
Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya.
“Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta.
“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.

“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari.
Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.

“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak.
“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.
~~adiozzzzzzzzzzzzzz~~

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak2 Yatim-Doa anda diperlukan:(

Selamat Malam Semuaaaaaaaaaaaaaa

Tadi tengok Buletin Utama pasal tanah runtuh ni...dah 5 anak2 kecil ni tekorban:(
Korang semuaaaaaaaaaaaaaaaaa marilah sama2 kite berdoa.."YAALLAH YARAHMAN YARAHIMMMM HAMBA MU MEMOHON PERLINDUNGAN KEPADA SEMUA ANAK2YATIM DIMADRASAH AL-TAKWA FELCRA....SEMOGA KAU LINDUNGI ANAK2 YANG KECIL DAN TAK TERDAYA ITU...SESUNGGUHNYA HANYA KAU MAHA MENGETAHUI APA2 YANG TIDAK KAMI KETAHUI...AMINNN

Kredit pada blog neh  sini


Tanah Runtuh Hulu Langat: Mengorbankan Tiga Kanak-Kanak @Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa FELCRA




credit (gambar): The star

credit (gambar): Berita Harian

Mengikut The Star, sehingga pukul 6.20 petang, 3 orang kanak-kanak terkorban akibat kejadian tanah runtuh yang melanda Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat. 2 kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 2.30 petang hari ini, Sabtu (21 Mei 2011).

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 6 kanak-kanak lain dan lebih daripada 15 orang lain masih terperangkap dalam runtuhan.

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan tanah di Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat selamat.

~~adiozzzzzzzzzz~~ **terus hilang mood nak makan:(

Saturday, May 7, 2011

Korban seorang ibu;(

Salam dan selamat pagi all bloggers!!!

Korang dah baca paper?? alahai..sedihnye..baru2 ni pasal anak2 yg diragut sekaligus tu...ni seorang ibu plak rentung sebab nak selamatkan anaknya:( Inilah pengorbanan seorang ibu kannn...hanya kaum hawa je tau macam mana perasaan seorang ibu yg membawa kandungan selama sembilan bulan sepuluh hari dan melahirkan...pepagi dah buat aku sedih:(

 
 Jenazah Rafidah:(

  • Foto Rafidah Ismail
Foto 
ZAMRI Hamat bersama dua anaknya, Rashidah Ilina dan Zaim Shahrul.


Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.
Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya.

-sumber dari berita harian online


**Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman...aminnn
ALFATIHAH...takziah pada keluarga allayarhamah....

~~selamat hari ibu~~

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat