Salam kedua untuk hari ni ye kengkawan....
sebelom aku berblogwalking (adeh bahasa ape kah ini??) aku nak cerita pasal kutu mengkutu neh
korang semua pernah main kutu ke idak eh? atau korang pernah kena kutu kat kepala yg amat le gatal nauuzubillahhhhh.... anak dara aku pernah le kena kutu sekali seumur hidup dia...ish ish ish masa tu rambut panjang mengurai tu dah macam hantu kak limah je aku nengok...ape lagi zap zup zap le motong rambut dia sehabis pendek sampai dah macam askar baru nak training...menangis beberapa hari gak le budak tu...
okeh2 aku nak citer pasal kutu yg menggatalkan tapak tangan kite lah ini kutu yg boleh buat kita shopping lalalalala...hehehehe kutu yg kite simpan duit pada mak kutu dan akan dapat bila sampai giliran kite...sangat2 susah sebenarnya jadi mak kutu kalau anak2 kutu tak bekerjasama...dan yg penting mak kutu kenalah org yg betul2 bertanggung jawab dengan org2 yg telah dipertanggungjawabkan tu..adehhh merepek kerepek sudaaaaaa....so, aku ni memang suke men kutu...so far ada 3 kutu aku main...dua kutu dapat 2k++ yang satu kutu lagi tu memang masyukkkkk sampai 17k..yg ni men kutu kat kampung asben lah...sebenarnya takde keuntungan pon org yg menjadi ibu kutu ni...kalau dia amanah dan terguna duit tu kenalah dia bertanggungjawab kan...cuma tulah yg syioknye main kutu kite simpan dan tak keluar2 kan...kalau dalam atm ni dah tentu2 lah kite tau ada duit dalam tu dan gatal lah nak kuarkan ye tak???
aku ada baca berita pasal kutu tadi pagi ni kat berita harian online ni.....tapi aku rasa derang tak boleh labelkan kutu ni dengan MLM....tak sama langsung!! bagi aku lah kan...MLM ni ada keuntungan berganda...tak macam kutu ni memang dah SAH2 duit yg kite kumpul sendiri...emmmm ape2 je lah..silalah baca berita kredit dari berita harian online neh:) happy reading!!!
Kerajaan pinda akta untuk halalkan skim 'kutu'
2011/03/02
PENDANG: Peserta permainan 'kutu' yang sebelum ini terdedah kepada penipuan, akan dilindungi undang-undang apabila kerajaan meminda Akta Perniagaan Jualan Langsung (MLM) bagi menghalalkan skim itu.Draf pindaan akta yang sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk dikaji itu juga akan dapat membanteras sebarang bentuk penganiayaan terhadap pengguna selain menjadi salah satu cara mencegah orang ramai terbabit skim cepat kaya.
“Kementerian memandang serius permainan ini kerana ia membabitkan sehingga jumlah wang yang besar selain tiada akta khususnya yang melindungi kepentingan pesertanya.
“Saya berharap akta itu dapat dibentangkan ke Kabinet tahun ini supaya permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan skim cepat kaya,” katanya selepas merasmikan seminar Koperasi Wanita Peringkat Negeri di sini, semalam.
Pada 15 Oktober tahun lalu, empat ejen sebuah syarikat pelaburan wang kutu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 pada 2008.
Pada 28 September tahun sama, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan mencatat keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.
Sementara itu, Rohani berkata, kementerian juga merancang meminda undang-undang berkaitan aktiviti tarik kereta yang sering menimbulkan masalah di kalangan pengguna.
Katanya, melalui undang-undang berkenaan penarik kereta mestilah berdaftar mengikut sistem tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan kerja secara lebih telus dan berhemah.
"Kita dengar banyak rungutan tukang tarik kereta yang bersikap seperti samseng hingga ada kereta yang pinjamannya sudah dilunaskan sebanyak 75 peratus, ditarik secara tidak berhemah.
"Melalui undang-undang ini, kita tidak benarkan hal ini berlaku dan kita akan memastikan ia lebih tertib tanpa membabitkan sebarang kekasaran terhadap pengguna," katanya.
4 org mintak aku reply komen;P:
bebas kutu yahuuuuu... bebas kredit kad jugaaa yihaaaaa errr ada kena mengena ker?
wah sampai 17k tuhhhh
tengah main kutu kat ofis sakng nie. tp turn saya dpt bulan 7. time tu lah roadtax nak mati pun. uwaaaaaaaaaaaaaaaa
ariss: ni kutu untuk menyimpan ni kena teruskan selalu kalo idak..fensannn tak menyimpan langsung..hehehe
lady: tulahhh...seronok tu main satu kampung..mengeratkan silaturrahimm...hehehe
ida: akak pon dapat bulan 7 lah yang..sedang elok je nak raya kan kan kan
Post a Comment