Salam satu Malaysia korang semua...
Korang rasa lemau tak pepagi neh...haishhh dah le senin..hujan plak tu...kalau sambung tidur best kan kan kan...
hahahaha takdo makno aihhh..kalo cuti pon pepagi umah aku dah macam pasar pagi...
Korang dah bekpes belum?? aku berpeluh2 neh minum nescaffe..sarapan?? emmmm apollo je yg adoooo...hujan2 malas aku nak singgah beli sarap...
Tengok paper ke? emmmm...sedih pepagi tengok paper pasal budak kecik setahun lebih tu...dah le comel..alahaiii camne lah boleh dibiarkan masuk kolam tu...memang le katanya ajal dia...tapi ajal dia tu macam kelalaian yg sengaja je kan kan kan...al fatihah..penghuni syurga sudah pastinya kan kan
sumber dari berita harian online
Bayi lemas dalam kolam ikan hiasan
Oleh Zuliaty Zulkifflibh
news@bharian.com.my
2011/04/18
CHANGLUN: Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan di halaman rumahnya di Taman Teja, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhamad Amirul Wajdi Riduawan dikatakan merangkak seorang diri dari dalam rumahnya menuju ke kolam ikan itu tanpa disedari abang dan kakaknya yang berada di dalam rumah.
“Anak sulung saya mengangkat adiknya dari kolam itu dan meletakkan di tepi. Tanpa berfikir panjang, saya terus melakukan bantuan pernafasan ke mulut anak saya dan ketika itu beliau menunjukkan tindak balas.
“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan segera tetapi doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia jam 9 malam kelmarin akibat lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Riduawan berkata, ketika kejadian, isterinya, Zaliza Said, 34, sedang tidur di dalam rumah akibat keletihan selepas baru pulang membeli-belah di Padang Besar, Perlis.
Katanya, tiga anaknya yang lain ketika itu sedang bermain dengan arwah tetapi mula mencari adik mereka selepas mendapati beliau tiada di dalam rumah.
“Empat anak saya termasuk arwah tinggal dengan saya kerana ibunya bertugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik seminggu sekali untuk bersama keluarga.
“Disebabkan saya sudah berjanji untuk membawa keluarga bercuti di Perlis selain menziarahi ibu saya yang sedang sakit, isteri mengambil cuti untuk menjaga anak-anak tetapi saya tidak sangka ia akan berakhir dengan tragedi,” katanya.
Beliau berkata, arwah anaknya manja sejak seminggu lalu dan kerap memanggil abah berulang kali kelmarin seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.
Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, dekat sini, malam kelmarin.
*semoga anak2 kite semua dilindungiNYA
~adiozz~
9 org mintak aku reply komen;P:
caner nak tulis kat shout tu ek??
haaaa..tol tue...xde colum tuk komen pon.....huhuhuhuh!!!!
udah adjust!! adehhh sori ehhh korang
sedihnya baca paper pagi nih..:(
al-fatihah utk anak itu.
tadi dengar dalam radio ja... kesian kan...
ksian bdk 2..mesti teruja tgk air..
kak mazz..tulah kan,,saye ni dalam keta dah nampak paper tu:(
aziah..terbayang anak terus kan kan
dekcik..tulah bebudak kan memang suke air kan kan
geram tgk blog ni..dah cantik ekeke
berita2 gini lah selalu meruntun jiwa nih.. al fatihah..
Post a Comment