Friday, April 15, 2011

Gejala Lupus pada wanita?????

Salam pagi jumaat yg berkat.....

Lama betul tak hapdet entri..eh?
Dok seronok membaca majalah wanita neh...dari semalam membaca tiga edisi sebab baru free nak membaca:)
Aku baru terbaca info pasal penyakit lupus nih...korang pernah dengar tak? alahai macam2 penyakit sekarang ni ye...meh aku share sikit:)

LUPUS adalah penyakit autoimun Ini bermakna sistem imun tersalah anggap tisu milik tubuh sebagai penceroboh luar dan menyerangnya. Beberapa orang penghidap Lupus hanya menderita kesulitan kecil. Manakala yang lain menderita masa jangka panjang.


ehsan pakcik goog!!

Wanita yang terkena penyakit lupus ni dari umur 15-45tahun!!! Ada dua kategori penyakit ni
1. Discoid Lupus Erythematosus  (DLE) (yang ni kategori biasa memberi kesan pada kulit luaran sahaja)
2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE (yg ni serius sebab serang kulit dan organ dalaman, kesan seperti bintik2 merah seperti rama2 dibahagian hodung dan pipi)

GEJALA2 LUPUS
1.Kelesuan-walaupun kes ringan ia boleh menyebabkan penghidapnya tidak mampu melakukan aktiviti harian

2.Sakit sendi dan otot- 70% penghidap lupus akan mengalami sakit sendi. Sendi menjadi merah, panas dan bengkak. Ia terjadi dibahagian lengan, sendi kecil, pada tangan, siku, lutut dan pergelangan kaki

3.Masalah Kulit- selalunye terjadi ruam di badan sperti bentuk rama2 dibahagian hidung dan pipi, selain kulit luka bertompok2 merah dan berkerak dibahagian tangan, lengan, muka, leher atau belakang, luka pada bibir dan mulut dan ruam warna merah atau ungu pada muka, leher, kulit kepala, telinga lengan dan dada

4.Sensitif pada cahaya- sangat 2 sensitif pada cahaya ultraungu menjadikan keradangan

5.Gejala2 sistem saraf- sakit kepala, kemurungan atau kurang daya ingatan

6.Masalah jantung- boleh mengalami inflamasi pada jantung menyebabkan sakit teruk pada bahagian kiri dada yg merebak pada leher, belakang, bahu atau lengan

7.Masalah kesihatan mental- kegelisahan dan kemurungan

8.Demam- demam juga dikatakan tanda2 awal menghadapi Lupus

9.Perubahan pada berat- bila penyakit semakin aktif beran badan akan susut serta merta

10.Kehilangan rambut- pada masa tertentu sahaja

11.Kelenjar membengkak- bengkak berlaku pada kalenjar limfa

12.Fenomena Raynaud's- Ia memberi kesan pada pembuluh kecil yg membekalkan darah kepada kulit dan tisu lembut dibawah jari2 dan jari kaki. Kulit yg mendapat kesan akn berasa kaku, berdenyut2 sejuk apabila disentuh..

Wanita yang menhidap Lupus
- berisiko tinggi sekiranya hamil tetapi bayi tersebut masih boleh dikandungi dengan selamat
- wanita hamil menghidap lupus kena kerap berjumpa doktor
- lupus boleh "menyala" atau radang semasa hamil
- kaunseling dan perancangan sebelum hamil amat penting
- perlu merancang untuk hamil bagi pesakit lupus

sumber diambil dari MAJALAH WANITA edisi 15-21April

 boleh juga dapat info disini ye

~adiozz~

8 org mintak aku reply komen;P:

storyfromme said...

ish,minta dijauhkan la penyakit macam ni.

edane said...

pernah tengok kawan sepejabat cam gini. lepas dia bersalin kesan tu masih ada.. cuma agak pudar skit

AMIIZAA@Mieja said...

takutnyaaaa....

Fifi Qhidal said...

adesss ... tengok macam sakit je muka dia .
auwwwww 0.o

Fifi Qhidal said...

adesss ... tengok macam sakit je muka dia .
auwwwww 0.o

ashra said...

thanks sharing2 info..
huhu..risau gak kalu itu terjadi..

Misz-ella said...

kwn kc kena LUPUS ni. skrg da tak blh jln sbb dia serang urat saraf dan kulit. sian dia.

shilafaizz said...

kak risa, bestfriend sy menghidap LUPUS kategori SLE dikesan ketika berumur 19tahun mase wat medical checkup nak masuk universiti.kwn sy ni takde rama2 kt pipi tu tapi SLE die menyerang organ dalaman.di akhir2 hayatnye saje baru nampak die sakit agak teruk.sebelum tu kerap ulang alik hospital utk checkup.last sekali die demam, koma dan trus brain damaged.

sudah 2tahun meninggal..seorang yg sgt baik, sangat pandai, best student tapi Allah lebih sygkan dia.beberapa jam sebelum meninggal die masih sedar, tetiba trus pengsan,koma mase dan brain damaged.

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat