Friday, April 22, 2011

Budak dua tahun lemas dalam kereta!!!!!!!!

Salam dan selamat pagi semuaaaaaaaa...

Pagi yang indah dengan bau2an segar dari ladang teh...hanjen2 berkeliaran sesuka hati mengurat sana sini...
Burung2 dok lepak atas wayar2 letrik, tetiba terbang diganggu dek monyet2..cettt!! potong stim lah monyet2 neh...wohoooooooooo ada monyet woi kat ladang teh neh...jahat tau meka2 ni..selamba je dok gayut2 sergah org sana sini..hehehe

Sekali lepak2 kat opis baca paper...mak aihhhh!!!!!! lagi2 kecuaian!!!! benci!!!! tak suke!! budak kecik lemas lagi...tapi kali ni lemas dalam keta!!!! nak salahkan sape????? KERETA???? korang bayangkan azab budak tu macam mana?????????????? satu je nak cakap BODOH!!!! lagi2 plak polis kata kemungkinan budak ni kena dera...YAALLAHHHHH!! kalo taknak budak tu cakap le..ni memang kes saje aku rasa..memang melingkup lah korang aihhhh...emo aku neh...budak besor tu ape yg dia tau..takkan nangis pon tak dengor...boleh pulak bagi alasan TERTINGGAL??? wat the cat!!! puiiiihhh

Budak dua tahun lemas dalam kereta
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/04/22

PENGANGGUR ditahan kerana mendera   Hong Jun  hingga mati   di Taman Watan Ampang, pagi  semalam. Gambar kecil Law Hong Jun.
PENGANGGUR ditahan kerana mendera Hong Jun hingga mati di Taman Watan Ampang, pagi semalam. Gambar kecil Law Hong Jun.
Ibu, penganggur ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 20 bulan lemas selepas ditinggalkan secara cuai oleh ibu dan teman lelakinya dalam kereta selama beberapa jam di laman rumah mereka di Taman Watan, Ampang dekat sini, pagi semalam.
Mangsa, Law Hong Jun turut mengalami kesan lecur dan melecet pada sebahagian tubuhnya dipercayai akibat suhu panas di dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang.

“Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Teman lelaki ibu bayi itu kemudian bergegas menghantarnya ke Hospital Ampang (HA) kira-kira jam 12.30 tengah hari, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati wujud kesan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak itu dan mengesyaki bayi berkenaan mati akibat didera sebelum membuat laporan polis.
“Namun selepas proses bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesahkan bayi itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen dan kesan lecur serta melecet yang ada di tubuhnya pula disebabkan kepanasan melampau kerana berada terlalu lama di tempat tertutup (kereta).

“Kita jangka Law meninggal dunia selepas jam 5 pagi tadi (semalam), dan ini bermakna bayi itu sudah mati lebih lima jam sebelum teman lelaki ibunya membawanya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, polis menahan ibu mangsa warga Thailand berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 35 tahun yang juga seorang penganggur dan berasal dari Pandan Indah, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

*pernah juga jadi satu kes kawan (huh!! layak ke panggil kawan!!) boleh tertinggal anaknye kat rumah terus pegi keja lupa nak anto ke rumah pengasuh!!! camna tu..seb baik separuh jalan sedor..kalu idak???

~~adiozzz~

14 org mintak aku reply komen;P:

♥ Mrs.Eady ♥ said...

sedih nyerrrrrr!!! :(

risa said...

emmm..tak tau nak cakap macam manalah kan izwa;(

rara pinkmafia said...

dorg ni main2 je ngn nyawa.kesian budak tu.

mcm ni lah said...

kejam sangat kejam budak tu tak salah apa2 pun,. follow you dan tinggal jejak utk dijejaki

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

mengonggg!
x de perasaan punye olang!
eh aku teremo pulak ni..apa kes ;p

fizah said...

sian budak 2 an...ermm..de gk org cm ni...smpai terlupa anak kt dalam keta...aduhaii sadis betul

Murni Delights said...

ape la manusia cam nie..erk manusia ke?
ada anak pun tak boleh hargai..tak pernah rasa beruntung dan berterima kasih mcam nie la upernyer... ada bagi alasan tak perasan anak lpas tu dlm kereta pulak..

ZSqueenbee said...

sedihnyeee...tp pasangan tu mmg BODOH..ade ke tlpe ank lam kete..bkn alasan la..mampos la kowank..emo ni emo ni..lgi² bout baby..nk nanes je ble bce ade kesan melecet..bayangkn btape tseksanye baby tu sblm meninggal..bodoh punye org..

mazz said...

sian budak kecik tu.
alahai manusia jenis apalah nih...:(

NisaAdnan said...

KITA BAKO JE KOME TUU!

Myluv-Sylvia said...

iskk.. mak dia yg gatal. masuk rmh dgn boypren sampai lupa anak.. pepun. siasatan masih dibuat kan? maybe kesan dera or sengaja.. adoi... jahatnya kalau camtu.

kwn akak tu.. hahaa.. kalau tertinggal botol susu ke, selipar ke.. takpela. ni tertinggal anak. semoga jadi pengajaran buat dia dan kita semua utk lebih hati2 masa depan.

ashra said...

banyak kes...mesti dgn teman lelaki.
aishhh..ye la kan,bukan anak sendiri,tak peduli lah..yang mak nye pun sakan bercintaaa..

nasib baik bukan M.kalu tak,mmg saya hamun lagi..tatau batas agama.hehehehe

Farra Dhelina said...

hermm..ape lah sft mcm ni..blh lupe? gile ah..

nuyue said...

bila nuyue baca pasal ni..sedih sesanggat..xtahu nak cakap apa..

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat