Salam korang semua...
Hari ni aku rasa sangat2 tak sihat...sakit tekak plus sakit kepala plus badan macam nak demam:(
Report tak siap lagi, so aku terpaksa keroje jugak lah...dah makan ubat, aku harap oklah sat lagi..
Sambil2 tu baca paper tengok berita kat atas tu..alahaiii kenapa manusia dah tak guna akal lagi ye? kenapa?? budak 7thn tu ganas sangat macam mafia ke? malu plak nak sebut manusia yg bernafsu syaitan tu seorang Ustaz...betul2 ustaz ke atau celup2 saje...emmmm
Boleh ke satu2 kematian tu dibalas dengan hanya sekadar MAAF??????
PAS mohon maaf, pastikan sekolah dikelola dengan baik
KANGAR: Kematian murid sekolah agama persendirian di Jejawi dekat sini, Ahad lalu, disahkan berpunca daripada 'hypoxic seculae' atau kekurangan oksigen pada otak disebabkan tekanan benda lembut pada leher.
Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah.
Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman.
Nashir berkata, kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Semalam, tempoh tahanan reman guru berusia 26 tahun dilanjut tujuh hari lagi hingga Isnin depan.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian pelajar berkenaan di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti berkenaan.
Katanya, insiden menimpa Saiful Syazani bukan mencerminkan wajah keseluruhan sekolah dikelolakan PAS, sebaliknya ia dianggap kes terpencil yang mengejutkan.
“Kami merakam dukacita yang amat sangat atas peristiwa itu dan mengucap takziah serta memohon maaf kepada anggota keluarga mangsa, selain rasa simpati kepada guru asrama berkenaan.
"Kejadian ini amat memeranjatkan kami selepas lebih 25 tahun mengelola sekolah itu dan akan mengambil langkah bagi memastikan semua sekolah beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada Timbalan Perdana Menteri bahawa kes berkenaan akan disiasat dengan telus dan terperinci.
Hishammuddin berkata, beliau faham akan kebimbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila ada kes sebegitu sehingga menyebabkan kematian.
"Saya faham sentimen beliau (Muhyiddin) kerana saya juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan ketika inilah pelbagai pertanyaan muncul dalam hati kita.
"Saya sudah mengarahkan polis menyiasat, dan ia akan disiasat sebagai kes jenayah bunuh dan semua yang terbabit akan didakwa selepas siasatan selesai,” katanya.
sumber amik dari sini
~adiozz~
9 org mintak aku reply komen;P:
tu la pasal...budak 7 tahun...kalo nakal pun masih boleh bentuk yg belasah smp mati tu nape...hmmm..sian budak tu...sengsara nak habis nyawa...dah biasa tgk budak kecik kritikal meninggal kat icu....sedeyyy...
ustaz tu muda so mmg panas baran.. tapi jangan sampai ilang kawalan... tak hagak2 belasah sampai membunuh. kalau dia ada anak taulah cemaner perasaan jadi bapak. bengong punya cikgu....
buat malu je
sabgat sedih baca kisah budak tu
baca gak kisahnya kat akhbar..
kesian...sedih tengok..tak sepatutnya ustaz tu bertindak mengikut amarah!
tak boleh maaf tuk cikgu yang memukul tu.
budak tu akil baligh pun idak lagi sekalipun mencuri tu salah..tapi biarlah guna cara yang betul dan sesuai..da la sekolah agama lak tu.aihh..kecewa dgn cikgu itu.(org perseorangan)..sbb nila setitik rosak susu sebelanga.
agaknya la kan, dengan maaf dah buleh hidup kan orang balik kot.... ish3... cikgu2... kekadang, orang yang belajar agama ni panas baran dia tersangat la teruk.... mungkin sebab syaitan hantar dia punya panglima tentera tuk hasut ustaz ni....
org yang buat salah mudah saja memohon maaf, masa tengah naik HANTU tak terfikir pulak akibatnya. mudah2an yang bersalah dihukum dengan setimpalnya (HUKUM GANTUNG ok kot!). Dan mudah2an arwah saiful syazani tenang di samping org yang beriman. Al fatihah...amin
erm..sdih jugak bila bace topik nie kat paper mse dgr berita mmg terkejut sgt..apela ustaz nie..
sampai hati buat cam tu..adik tu bru je bape thun..smpai nak hukum seteruk itu..
harap ape yang berlaku jadi pengajaran kpada yang lain.. dan juga dikenakan hukuman yang setimpal..
kerana nila setitik habis susu sebelangga..
Post a Comment