Friday, April 22, 2011

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Salam korang...hujan2 dan sejuk2 macam ni korang bersyukur tak? huhuhu
Tadi panas sangat2 kan...tetiba hujan dan keadaan terus sejuk je ni:) Alhamdulillah..

Aku nak sharekan artikel dari blog yg aku minat sangat neh..saudara fahrain
Terima kasih ye...saya mohon share:)



Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak 

*semoga boleh jadi pedoman pada semua
Terima kasih ye saudara fahrain!




~~adiozzz~~

18 org mintak aku reply komen;P:

Oopss..Cikgu Cinta said...

entry yang bgus :) mohon share ya

Izwa Kamaruddin said...

nak nangis........:( takutt....

Pakcoh said...

Thanks for sharing..

AMIIZAA@Mieja said...

sangat takut...huhuhuhu bekalan belum cukup lagi.....ya allah ampunilah dosa2 hambamu ini....tksh berkongsi kesedaran ini:)

Azza Azman said...

saya suka blog awak nampak kemas. tak serabut macam orang lain.



Thanks share ilmu agama. Bagus..

haslinda said...

akak, thanx for the information...
tiba2 teringat mati.takut x sempat minta maaf kat org2 yg tersyg before kita pergi.
td baru je dpt berita adik kepada kwn kite meninggal. sama2 la kite sedekah al-fatihah ye...

Farra Dhelina said...

tanda 7hari tu..mmg jelas pd arwah ayah sy kak..sedihnya teringat kat ayah..yg sayu nya, seminggu sebelum dia pergi, mmg dia makan masakan saya..sup ikan merah kat hospital..berselera sungguh dlm sakit2 tu..

ya allh..al-fatihah utk ayah..

risa said...

cikgu..silakan amik mana yg baik ye:)

izwa..elok lah takut mati kan dear:)

pakcoh..my pleasure;P

amiza..ilmu agama mana pernah cukup kalau nak belajar:)

chempaka..thanks dear:) takpe, slow2 akak tengok blog cempaka pon kemas:)

haslinda..emmm:( innalillah dan alfatihah..semoga beliau ditempatkan bersama2 org2 beriman ye

risa said...

Farra..sedekah kan alfatihah ye:(
arwah ayah akak langsung tak jamah makanan beberapa hari..ingt dia sakit perut sebab tak makan..rupe2nya dia nak kosongkan perut sebelum meninggal..ALLAHUAKBAR

Kechik Itu Comel said...

=(
rse seram sejuk..entry yg membawa seribu makna ni kak...

Bidadari said...

best entry....
http://taikunmuda.blogspot.com/

khairiyah said...

good entry kak..tQ for sharing..jom tingkatkan amalan n sentiasa mengingati mati..insyaAllah :)

Lulu Caldina said...

busy sepanjang hari, mlm baru dapat online dan singgah.. apa khabar kakak hari ni??

zuwaidah said...

ini pengalaman masa arwah ayah mertua dulu. 2, 3 hari sebelum meninggal, boleh nampak ketara kening turun, mulut pun turun. teringat kata2 opah, mcm tu la kalau org nak pegi meninggalkan kita.
apa pun thnks for sharing.
kita semua sama2 sedekah alfatihah pd mereka yg telah pegi tak kira keluarga, sanak saudara, sahabat dan juga org2 islam. Terutama sekali pada Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para sahabat dan pejuang2 Islam.
Alfatihah

risa said...

nour akmal: semua org pun takut mati kan..emmm

taikun..thanks

khairiyah..sama2lah kite kongsi mana yang baik ye:)

hai lulu...akak sihat sayang:)

kak zue...untungnya kalau boleh kesan..arwah ayah dulu takde org perasan pon kak:(

PinKy MoMMa said...

kakak fatin..wiwiwi slmt pagi!
dolly baru bgn smbil makan kuew teow kerang ;D

bgs kamu..dlm gumbira2 ada masa utk mengingat mati..info yg bagus utk di kongsi..

dolly mau panggil kamu lolly ;D
baru match hihihi

Unknown said...

rasa takut plak tetiba..semoga kita sentiasa beringat

PinKy MoMMa said...

nape kak lolly senyap je ari ni?
hurmm air liur basi ke?
sunyinye idop ku tanpamu kakak lollypop ;)

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat