Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Amalan semasa mengandung

Sekadar Berkongsi:)

Amalan-amalan yang dapat diamalkan ketika mengandung Panduan dan Tips




Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :





"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

sambungan artikel - klik
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2009/05/amalan-amalan-yang-dapat-diamalkan.html





Thursday, July 14, 2011

Amalan Semasa Mengandung (Sharing is Loving)

Salam semuaaaaaaaaa..........

Saja nak share tips2 semasa mengandung ni pada semua bakal2 ibu dan para2 isteri. Sebenarnya bukan ape..aku nak bgtau lah sikit2 ape yg aku tau ngan korang semua wahai para wanita:) Kalau nak anak2 kite dengar kata dan insyaallah menjadi anak2 yg cemerlang cuba lah jaga semua adab2 semasa kite mengandung. Ape2 perbuatan yg ibu atau ayah lakukan adalah sangat2 terkesan pada anak2. Seawal usianya 4bulan semasa ditiupkan roh ke atasnya anak kite sudah mula mengikut pergerakan dan perlakuan ayah dan ibu. So, bila nak buat menda2 tak elok..ingat2lah sedikit sebanyak anak2 pasti akan mewarisi nya.

Bukan nak kata diri perfect...tidakkkk sangat jauh le dengan diri ku ini...cuma aku akan pastikan anak2 terdidik dengan baik dan terus baik...Kalau tidak aku pasti akan salahkan diri kerana tidak memberikan didikan yg baik seawal2 mereka dalam rahim ku...Wallahualam
  


15     Amalan Semasa Mengandung (Suami danIsteri)
   
Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada Allah SWT 
Banyak berdoa kepada Allah SWT (13 doa) 
Rajin puasa sunat 
Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
Banyakkan zikir
Banyakkan membaca al-quran
Banyakkan membaca buku-buku ilmiah 
Berbual dengan anak yang berada dalamkandungan
Lakukan kerja-kerja ringan dirumah sebagai senaman  ringan 
Tidak terlalu tertekan ataupun stress
 Menjaga adab  dan emosi 
Makan makanan yang baik
  Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
 Rajin mengukirkan senyuman 
Rajin menghadiri majlis ilmu

 Korang boleh le amalkan surah2 yg ada kat bawah ni ye..
kalau nak habiskan 30 juzuk kehamilan pon ok jugak:

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya





Thursday, June 23, 2011

Tangani Stress

Salam koranggggggggg

Korang stress dengan keroje ke?? Masalah peribadi??? (cehh dah macam iklan weehhhh)
Meh ada tips ai nak share ye:)

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah.. Katakan...Saya sedang marah!
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
**saye tak stress..tapi takde mood:(

Wednesday, May 4, 2011

Lelaki tak suke okeh!!

Salam dan selamat pagi semua rakan2 blogger....semoga korang semua sihat dalam lindunganNYA..

Dah sarap ke? heavy?? little2 ke? hehehe aku hari ni tak amik yg heavy2 lah....amik ni je dalam beg aku neh...nak tengok ada ape...lets see...yeayyyy

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 meriah kan kan kan...mmuuaahhhhh ni pon stock untuk seminggu..opsss start selasa sampai kamis lah..jumaat kitorang cuti eh..ada temple festival...lalalalala

**aku nak share ape yg aku baca kat Mingguan Wanita ni...sebenarnya..hehehehe

7 kata2 yg org lelaki or suami tak suke..sila take note ye adik2..eh kakak sekali lahhh  

pertama: "abang ni kurus sangat @ abang ni gemuk sangat!

kedua: "Kenapalah awak tak macam suami kawan saye"

ketiga: "Abang punya baju kelakarlah"

keempat: "Kamu membosankan!"

kelima: "Saya sibuk, saye tiada masa nak bercakap sekarang!"

keenam: "Awak ni pandai bawa kereta ke tidak?"

ketujuh:"Kawan abang tu segak betullah"

amacam??? korang pernah ke cakap macam tu kat somi korang??? haishhhh...takmo2 tak bek membandingkan somi kite ngan org lain tau...doso!! tau tak doso!! samo eh ngan korang tak bersyukur dengan jodoh yang ALLAH dah bagilah kan kan kan....(Oppsss den ado gak tercakap tu!) meh nengok kenapa lelaki tak suko dialog2 tu..hehehehe den pon study gaks okehhh...

1. kite as wanita pon kalo dikata or dikomplen terlalu gemok or terlalu kurus pon marah kan kan kan..ke korang memang muka tebal..hahahaha Sepatutnya kalo nak lelaki kite jadi lelaki idaman malaya (huihhh takmo...cukup idaman kite je) kalo dah terlalu kurus bagi le makanan yg menggemokkan or kalau gemuk bagi le makanan yg sihat2 sahaja...ini terpulang cara penjagaan kite gak..dan kena pandai saiko suami lah kan..perempuan kan senjata dia KELEMBUTANNNNN....heheheh

2. Lelaki sangat BENCI kalau dibanding2kan dengan lelaki lain lagi2 kalau perbandingan tu lahir dari mulut kesayangan dia...haishhhh tak baik lah..ai tak suke tau..lelaki akan ingat kite kecewa sebab dapat suami yg bukan idaman hati...emmmmm (aku tak pernah buat neh)

3. JANGAN sesekali beri komen NEGATIF pada suami tentang cara dia berpakaian...kenalah bagi ayat2 power kalau rasa cara dia berpakaian tidak sesuai kan...cakap lah macam ni "abang kan..kalau pakai baju yg ayang beli tu ngan suar slack dark blue tu lagi nampak hensem" (yang ni ayat aku okeh...aku selalu buat macam ni) kite kan perempuan selalu dikaitkan sebagai perunding kecantikkan kan kan kan

4. Jangan sesekali kata BOSAN kat suami wooooo...tarak baik neh ..biasa org lelaki akan selalu ingat ape yg kite dah luahkan terutama ayat2 bosan ni...sangat2 terkesan dihati mereka..mereka akan ingat mereka telah gagal memberi kebahagiaan pada kite...jangan buat ye kengkawan...

5. Anda dianggap telah menolak ketepi rasa hormat pada suami sekiranya anda berkata demikian..sesibuk mana pon sila beri perhatian pada suami..tukarlah ayat itu dengan ayat yg lebih sopan ye kengkawan...macam"sayang...sat lagi ai bincang dengan u ye..give me 5minit..hehehe (ayat aku jugak!) hahahaha...lelaki ni kengkadang manja yang amat2 okehhh

6. Yang ni lelaki memang cepat SENTAP..hahahaha sebab nye mana boleh kite as perempuan kata RAJA di Jalan Raya ni tak pandai bawa keta?? ish ish ish berani korang kata lagu tu eh...memang le derang akan rasa terguris..mau2 nanti dia pecut laju2 sebab nak tunjuk terror...uihhh jgn cakap tau..takmo2..duduk kat seat penumpang tu elok2 eh...bukak cerita lain lah wehhh

7. Kalo korang taknak somi puji pompuan lain, korang jangan gatal2 nak puji jantan lain ye..ini memang haku hangen...ada gak kawan aku macam ni...somi dah kire kacak gak lah..takde lah senget2 hidung tu..mata pon elok terletak boleh pulak pi puji jantan lain..memang nak kena tampo laju2...hahahaha Simpan saje lah dalam hati cik tijah oiii...somi anda hak anda ye...somi org lain tu pompuan lain punya...senang citer SYUKUR

**udahhh korang ntah baca ke idak neh...penat tau aku bebel2 ekekekeke kata2 diatas banyak yg aku olah ikut kepahaman otak aku dan cara aku menjaga hubungan aku dan suami ye..korang macam mana? setuju ke idak...ini aku cedok dari Mingguan wanita okeh--selamat membaca!

~~adiozzzz~~

Saturday, April 16, 2011

Berhentilah jadi tarzan dirumah!!!

Salam untuk entri kedua...

Dapat lagi tips dari mingguan wanita neh....seronok baca..memang bagus dalam kehidupan kite menjadi ibu dan isteri:) Tips ini ditulis oleh Dr. Azhar B Haji Sarip, perunding emosi, spiritual...



Stop Tarzaning!!! mulai hari ni bertekadlah untuk tidak lagi menjadi tarzan dirumah kerana ianya lebih banyak membawa energi negatif dari positif. Marahlah dengan penuh kasih sayang, suruhlah dengan penuh kebijaksanaan, insyaallah anak anda akan sentiasa patuh dan hormat kepada anda..(kata2 Dr.Azhar) - saye pulak memarahi anak2 dengan kata2 dan nada yg keras..tidak menjerit..tetapi memberi amaran..dengan gaya badan selalunye...benda2 macam ni berhasil..lagi2 menangani anak2 remaja..selalunya mereka tak suke kite menjerit sebab bagi mereka ini benda2 yg boleh memalukan lagi2 kalau depan org lain terutamanya adik beradik yg lain

Ibu bapa perlu tahu waktu dan ketikanya untuk membuat satu2 arahan kepada anak2 hinggakan mereka tidak mampu menolak apa yg disuruh. Sebagai sontoh, kite ingin menyuruh anak membaca buku tetapi suruhan itu tidak langsung diindahkan oleh anak lalu kite menjadi marah dan mula bernada tinggi dalam menyuruh mereka untuk membaca buku - kalau saye, saye lebih suke membaca sekali bersama2 mereka..so, memang bebudak akan ikut punya lah...yg tak betulnya bila kite suruh anak2 membaca tapi kite pulak sedang berdondang sayang tengok AF or Maharaja Lawak..camno???? hehehe

Kemarahan itu perlu ada!! tetapi kemarahan yg penuh berhemah agar tidak mengecikkan hati sesiapa. Semoga hari ini kite menjadi ibu baoa yang dihormati oleh anak2 kerana kasih sayang dan bukan kerana kegarangan - kata2 dari Dr. Azhar - saya tambah sikit eh, zaman sekarang bukan zaman untuk menjerit2 kerana zaman sekarang rumah dah dekat2 kalau menjerit satu taman atau kg boleh dengar..hentikanlah tabiat ni sebab Menjerit2 itu sangat2 tidak elok..ia sangat2 berkesan dalam hati anak2 anda maupun suami atau isteri dalam rumahtangga..anak2 yg selalu mendapat jerik pekik dari ibu atau ayah adalah anak2 yg sangat sensitip dan akan menjadi insan yg sangat pendendam...

sikit2 bolehlah..berdasarkan pengalaman saye menjadi ibu kepada 4 orang anak;)
yang baik dari ALLAH yang buruk semua dari saye:)



~adiozzz~ 

Friday, April 15, 2011

Gejala Lupus pada wanita?????

Salam pagi jumaat yg berkat.....

Lama betul tak hapdet entri..eh?
Dok seronok membaca majalah wanita neh...dari semalam membaca tiga edisi sebab baru free nak membaca:)
Aku baru terbaca info pasal penyakit lupus nih...korang pernah dengar tak? alahai macam2 penyakit sekarang ni ye...meh aku share sikit:)

LUPUS adalah penyakit autoimun Ini bermakna sistem imun tersalah anggap tisu milik tubuh sebagai penceroboh luar dan menyerangnya. Beberapa orang penghidap Lupus hanya menderita kesulitan kecil. Manakala yang lain menderita masa jangka panjang.


ehsan pakcik goog!!

Wanita yang terkena penyakit lupus ni dari umur 15-45tahun!!! Ada dua kategori penyakit ni
1. Discoid Lupus Erythematosus  (DLE) (yang ni kategori biasa memberi kesan pada kulit luaran sahaja)
2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE (yg ni serius sebab serang kulit dan organ dalaman, kesan seperti bintik2 merah seperti rama2 dibahagian hodung dan pipi)

GEJALA2 LUPUS
1.Kelesuan-walaupun kes ringan ia boleh menyebabkan penghidapnya tidak mampu melakukan aktiviti harian

2.Sakit sendi dan otot- 70% penghidap lupus akan mengalami sakit sendi. Sendi menjadi merah, panas dan bengkak. Ia terjadi dibahagian lengan, sendi kecil, pada tangan, siku, lutut dan pergelangan kaki

3.Masalah Kulit- selalunye terjadi ruam di badan sperti bentuk rama2 dibahagian hidung dan pipi, selain kulit luka bertompok2 merah dan berkerak dibahagian tangan, lengan, muka, leher atau belakang, luka pada bibir dan mulut dan ruam warna merah atau ungu pada muka, leher, kulit kepala, telinga lengan dan dada

4.Sensitif pada cahaya- sangat 2 sensitif pada cahaya ultraungu menjadikan keradangan

5.Gejala2 sistem saraf- sakit kepala, kemurungan atau kurang daya ingatan

6.Masalah jantung- boleh mengalami inflamasi pada jantung menyebabkan sakit teruk pada bahagian kiri dada yg merebak pada leher, belakang, bahu atau lengan

7.Masalah kesihatan mental- kegelisahan dan kemurungan

8.Demam- demam juga dikatakan tanda2 awal menghadapi Lupus

9.Perubahan pada berat- bila penyakit semakin aktif beran badan akan susut serta merta

10.Kehilangan rambut- pada masa tertentu sahaja

11.Kelenjar membengkak- bengkak berlaku pada kalenjar limfa

12.Fenomena Raynaud's- Ia memberi kesan pada pembuluh kecil yg membekalkan darah kepada kulit dan tisu lembut dibawah jari2 dan jari kaki. Kulit yg mendapat kesan akn berasa kaku, berdenyut2 sejuk apabila disentuh..

Wanita yang menhidap Lupus
- berisiko tinggi sekiranya hamil tetapi bayi tersebut masih boleh dikandungi dengan selamat
- wanita hamil menghidap lupus kena kerap berjumpa doktor
- lupus boleh "menyala" atau radang semasa hamil
- kaunseling dan perancangan sebelum hamil amat penting
- perlu merancang untuk hamil bagi pesakit lupus

sumber diambil dari MAJALAH WANITA edisi 15-21April

 boleh juga dapat info disini ye

~adiozz~

Monday, March 28, 2011

Tips Menangani Anak

Salam untuk entri yang ketiga:)

 dak mia yg umur 2thn ++ ni pon dah pernah kena cubit..huhuhuhu

Ada kawan2 yg bertanya macam mana nak mendidik anak dalam kategori memukul...setahu aku kalo nak pukul anak kena tunggu dia umur 7tahun keatas..aku tak pernah pukul anak2..cubit tu adalah..hehehe kategori pukul
jugak eh..hehehe
Aku pi tanya kat pakcik goog kejap..so, aku rasa entri ni bagus untuk share kat korang semua...budak2 sekarang bukan kategori yg boleh dimarah melebih2 atau dipukul teruk2..minda derang tak sama macam dulu2 alahaiii...selagi ada daya aku mendidik mereka seelok2 nye akan ku cuba jadi yg terbaik..insyaallah:)

Meh baca jom..sumber dari sini

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st=”on”cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. lace w:st=”on”Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri



 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat