Thursday, June 2, 2011

~~kata2 bawa derita dan kata2 bawa bahagia~~

Salam semua all bloggers and readers...

 cantik le..pandai betul pakcik goog ni simpan gambo:)

Memula aku nak ucap tahniah le pada mereka2 yg dah berjaya dalam spm ke stp ke matrik ke U ke dan grad and wat so ever lahhh..erkksss ada ke org amik keputusan peksa neh...hahahaha suka hati aku lah kan..mukaddimah aku punya suke lah nak letak...hehehe

Semalam macam2 happen kan...pasal tu aku letak silent mood...padahal aku round banyak blog semalam..ada yg buat aku dok senyum2 ada yg buat aku tetiba jadi grrrrrrrrrrrrrrrr ada yg buat aku sejuk hati dan macam2 lah kan...ingat nak activated kan silent mood jugak hari ni...tapi rasa2 macam nak bercerita plak..

Tak tau lah ada org baca aku bercerita ke idak..aku pon tak tau...aku dah dapat tangkap sape2 yg memang setia datang ke blog aku...terima kasih le banyak2...korang memang baik hati:P...sepanjang2 aku berblog aku tak pernah lagi terima kutukan..semua komen2 baik2 saje....sebab aku punya blog pasal ibu2 je kot..sumpah aku takut nak entreprem benda2 panas...takut memakan diri

Okeh...balik pada tajuk...cehh macam entri budak nak UPSR..lalalalala ...Sebenarnya kan kata2 kite semuanya ada batasan kan..kata2 yg baik2 sebenarnya reflect dekat kite apetah lagi kalau kata2 buruk...
Aku rasa, aku belum lagi lah ada kekuatan atau tahap nak maki2 org..sebab aku punya keluarga dan anak2..sangat2 takut kalau kata2 tu makan diri..Bila kite meluahkan kata2 pada seseorg pastinya kata2 yg baik tu mendapat tindakan atau balasan yg baik kan? kata2 jugak sebagai doa sebenarnya...tapi kalau kite terlepas cakap memaki hamun sesorang..adakah kite akan dapat balasan yg baik??? sebaliknya kan???

Emmmm...macam mana nak cakap eh...aku ni tak pandai nak mengayat...tp aku rasa dan suke nak meluahkan...sape2 pon suke kalau cakap dan tulis baik2 kan...kalau tulisan gila2 tu lain plak bunyiknya..sangat2 admire dengan org2 yg boleh menahan diri dari marah dan pandai mengawal perasaan dengan kata2 yg baik...kata2 yg baik buat kite bahagia kan....kata2 yg buruk maki hamun dan celaan ni bawa sifat negatif dalam diri dan secara tak langsung org tu akan sentiasa nak marah je..betul tak??

Tarik nafas panjang2..mengucap dan senyummmm...hehehehe boleh ke nak buat???? susah kannnnn
aku pernah le kena maki sebab memang salah aku...tapi dah mintak maaf pon org tetap nampak salah aku..pasal tu org tua selalu kata..buat baik berpada2 kannn...bila dah sekali buat salah memang org takkan nampak dah kebaikkan kite..itu memang lumrah dunia..

Udah lah...malas nak taip dah...entah hape2 lah aku tulis..kalo salah mintak maaf le semuaaaaa:)

Peliharalah Tutur Kata

Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan, 'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Maksudnya:'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)

Maksudnya:'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

Maksudnya:
Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)

Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)

Maksudnya:
'Pergilah, kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut,semoga ia beringat atau takut.'
(Surah Taha: 43-44)

Manakala sabda Rasulullah s.a.w pula:

Maksudnya:
'Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)


~~adiozzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

21 org mintak aku reply komen;P:

msredcheesecake said...

CIK RISA,
MSRED ADALAH SEORANG YG SUKAR MARAH...KAGUM LA KAGUM LA...HHEEE

SEBENARNYA TAK SUKA MARAH, MALAS NAK MARAH. SELAGI TAK PIJAK KEPALA MSRED...MSRED RELAX JER...

Anonymous said...

takmo lah silent mood...

aizamia3 said...

betul.. tak berani nak bukak cerita yang panas hangat takut memakan diri balik.. cukup sekadar isi tentang hidup dan yang bersangkutan dengannya, selagi orang nak terima blog kita itu menandakan yang blog kita disukai orang walaupun yang datang singgah hanya seorang.. <--- macam artis kena soal dek wartawan lak.. hahaha..

anyway.. terima kasih juga singgah kat blog ai..

Izwa Kamaruddin said...

thank's kak for remind us..good entry kak :)

fisa othman said...

glupss terkesan d hati ku ni beb...;)

risa said...

msred...hehehehe kagum neh kagummm nampak tak akak angguk2 kepala neh

tina...diam ada makna tau:)

risa said...

aiza...yessss betul tu..takpelah kalau org tak sudi baca kan..sapelah kite ni nak mengharap berdoyon2 org datang ye tak? hehehe

izwa...welcome my dear

risa said...

fisa...hehehe ape yg terkesan tu beb..aku share mana2 yg patut je..hehehe

IDAZS said...

good entrylah kak. Tq so much.
setuju sgt, kalau buleh taknaklah maki-maki ke apakan? bukan apa, org yang tak kenal kita dh buleh judge kita mcm mana berdsrkan penulisan kita.

eh, brapa byk kita daaaa, faham ke ni kak? hikhikhihkihki

Murni Delights said...

thanks kongsi ilmu yang berguna selain ingat meningati tak gitu kakak sayang..he..he

Lulu Caldina said...

betul my kakak, bila berkata-kata, ataupun nak menulis dalam blog, kena fikir banyak kali.. TAkut tersilap, susah orang nak maafkan...


http://lulu-pages.blogspot.com/2011/06/si-hijau-oren-yang-menawan.html

RashAtie said...

what goes around comes around... kita jaga je diri kita kak.... bahasa menunjukkan nilai diri kita..so, diam lebih baik daripada dok turut sama mencarut..hehehe..

nak pinjam bahu akak bley?? nak buat bantal....hehehe

risa said...

thanks ida...sama2 sharing yg baik2 eh...suke blog masakan kamu dear:)

vill..ye betul tu sayam..ingat mengingati..hehehe

lulu..akak pon susah nak maafkan org sebenarnya..tapi selalu sangat hati cair bila org buat muke kesiannn

lulu sayammmmmmmmmmmmmm pegi banting, selangor ke??? :(

risa said...

atie...boleh je sayammmm...anytime..nak buat bantal ke nak buat ketuk ke ape2 pon boleh..hehehe senget sebelah ada sebelah lagi kan kan

Lulu Caldina said...

tak... STOP! Jangan majuk.. saje je nak usik kakak tu.. :)

anyway, apa yg best kat banting, selain ada my kakak kat situ??

PinKy MoMMa said...

smalam dia duk main wordless smpai adik dolly mu pun tersampuk juga..skali ari ni dia online..
haaaaaa ambikkk ngan hadis skali kakakku bagi hehe ;)

kak lolly kamu tak leh senyap..
sunyi sepi alam ku..cewahhh~

pssttt terguling2 baca komen mekik2 angkat baju tu ahahaha..smpai kuar air mata tau tak ;p

risa said...

hehehe..luluuuuuuuuuuuuuuuuu saje je buat akak sedih tauuuuuuuuuuuuuu
banting??? ada beach nama dia morib..ada beach lagik nama dia bagan lalang..ada seafud..emmm hulu sikit le banting ni sayam...kalo lepak KL akak sudi menemankan kamu ye..

risa said...

adik sayam kuhhhh dolly molly...geram tau..macam2 sebenarnya pasal jiran ni malas je nak share..hari tu akak marah derang sebab sidai2 baju kat pagar kan..terus akak naikkan batu..hahahaha ekceli nak senyap jugak hari ni tapiiiiiiiiiiiii

Farah Shamsudin said...

la kak.. nape ni kak? akak janganlah majuk.. die saje tu sakat akk.. chill k..

Kak Amy said...

As'salam..

Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.

risa said...

farah sayammmm...majuk neh..meh pujuk meh:P

amy..thanks for coming my dear

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat