Tuesday, May 24, 2011

Lagi budak lemas dalam kereta!!!

Salam dan selamat pagi semua

Tak habis2 dengan kes kanak2 lately....hmmmm baru lepas tragedi tanah runtuh ni kes budak lemas lagikkkkk!! alahaiiii...kesiannya budak tu....seksanya dia nak hembuskan nafas..korang bayangkan macam mana???????? Jantung tersekat tercungap2...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Baca jelah kat sini malas nak ulas banyak2..huhuhu

Budak lemas dalam kereta
Oleh Betty Subaryati

2011/05/24

ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta  di Tumpat, semalam.
ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam.
Bapa sangka anak sudah keluar

MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.
Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya.
“Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta.
“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.

“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari.
Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.

“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak.
“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.
~~adiozzzzzzzzzzzzzz~~

10 org mintak aku reply komen;P:

PinKy MoMMa said...

pagi pagi dah sedih baca kisah anak ini ;(
ya Allah kita patut jadikan kejadian ni sebagai iktibar..

ibu bapa kena lebih alert..
x pe la suara mcm tertekan speaker pun janji anak depan mata kita huhu..

kalau turun kete msti jerit abg long abg long..tkt dia lari ke jalan besar..aihh risau..

peNulis SeNjA said...

huhuhu ape daaaaaaaa si ayah ni .. x tau ke anak die kat dalam .. sekeh kang bawu tau

Mama Syadiyah said...

Adoiii.. tolonglah parents out there. Daku tahu takde siapa nak jadi macam ni kan.. tapi careful lah dengan anak2.. bukan careless. Jangan amik ringan je bila berkaitan dengan anak. Ish.. sian budak ni.

risa said...

kan adik dolly kannn...pepagi dah sarapan ngan kes sedih2 ni...emmm
nyampah ler...

wan..jom kite sekeh dia ramai2..adoyaiii takkan tak perasan?

ifahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
ape kabo fren???????????
tulah kan...kite ni 5 menet anak ilang pon risau..emmm

Ibnushukran said...

innalillah.. sayangnya tinggal anak macam 2.. patutnya alert perlu alert skit, p bukan salah ayahnya , mngkin dah takdr dan Allah swt lagi mnyayangi si anak tu.. :D

alexayussida said...

sadnyer...

tapi dah ajal kan..mcm mana situasi skalipon itu semua alasan bila ditanya sebab meninggal..sbnrnya mmg dah waktu..Allah sygkan die..untunglah adik tuh..tak perlu terjebak dgn dugaan dunia..moga aman di sana..takziah utk famliy

risa said...

ibnushukran..saye tetap salahkan ayah dia...saye tak rasa ALLAH nak seksa budak sekecil tu..cara nyawa dia dicabut memang betul2 buat saye kecewa...

yus..bila dah jadi macam ni semua kata dah ajal..tp akak rasa tak patutlah..memang kecuaian yg tidak sepatutnya..hmmmmm

aizamia3 said...

pagi tadi baca pun through emel..
kita kena pastikan ahli keluarga kita tak tertinggal dan terkunci dalam kereta..

al-fatihah buar arwah..

zuwaidah said...

sedihnya, alfatihah

Mama Syadiyah said...

Haaassss... I miss u la fren. Daku sihat Alhamdulillah.. terima kasih.

Jangan kata 5 menet Has.. 5 second pun daku cari Syadiyah kat sekolah masa amik dia petang tak nampak2 kelibat daku dah rasa nak nanges.. hahaha emosi melampau betul daku neh.

Ye la Has.. daku pun salahkan ayah dia sebab cuai. Memang ajal maut Allah yang tentukan.. tapi caranya tu seboleh2nya dielakkan dari dia terseksa.

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat