Saturday, May 7, 2011

Korban seorang ibu;(

Salam dan selamat pagi all bloggers!!!

Korang dah baca paper?? alahai..sedihnye..baru2 ni pasal anak2 yg diragut sekaligus tu...ni seorang ibu plak rentung sebab nak selamatkan anaknya:( Inilah pengorbanan seorang ibu kannn...hanya kaum hawa je tau macam mana perasaan seorang ibu yg membawa kandungan selama sembilan bulan sepuluh hari dan melahirkan...pepagi dah buat aku sedih:(

 
 Jenazah Rafidah:(

  • Foto Rafidah Ismail
Foto 
ZAMRI Hamat bersama dua anaknya, Rashidah Ilina dan Zaim Shahrul.


Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.
Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya.

-sumber dari berita harian online


**Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman...aminnn
ALFATIHAH...takziah pada keluarga allayarhamah....

~~selamat hari ibu~~

8 org mintak aku reply komen;P:

Ibu Darwisy said...

kite pun ade bace paper hri ni..ya ALLAH berat sungguh dugaanmu..tempat kan la arwah die tempt org2 yg beriman..amin

Anonymous said...

salam...

sangat menyedihakn....

Unknown said...

memang sayu baca berita ni



n3 terbaru kakyong
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Dapat coklat sempena hari ibu
Menjejak keyword lagi

belogkiter said...

kesiannya... sedih baca berita ni

peNulis SeNjA said...

selamat hari ibu makcik ku sayang .. hehe

risa said...

ibu darwisy...hanya org yg kuat saje dapat dugaan maha berat tu kan:(

kak yong..saye terbayang2 anak daaaa

belogkiter..emmm kena hargai setiap yg kite sayang selagi ada hayat kan

wan..thanks dear:)

alexayussida said...

sedihnyaaaa T__T

kasih seorg ibu..nak mama la..haih

nuyue said...

sedihnyer
itu lah pengorbanan seorang ibu..sanggup berkorban apa saja,asalkan anak2nyer selamat..

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat