Salam korang semua....lambat benau nak apdet entri kannnn
Aku ni keroje opis...mana de masa nak taip panjang2 ni sebenarnya...tp ku gagahkan jua untuk menaip dengan hati yg berkobar2..
Kenapa entri tu?? kenapa tajuk macam tu???? aku tak suke org labelkan anak2 yg lahir tanpa ikatan sah suami isteri ni sebagai anak haram!!! sape yg haram??? org yg buat anak tu lah yg haram jadah!! nape nak labelkan bebudak sesuci kain putih ni sebagai anak haram??? tak suke!!!
Aku bukan marah aku geram le bila perkataan tu disebut berulang2 kali...korang mendoakan budak tu jadi budak haram ke hape??? budak tu tak salah le wehhhh dia tak salahhhhh yg salah pelaku zina tu okehhhh!!!!!
Hah!!! kan aku dah marah...haishhhhh sebutlah anak luar nikah ke hape ke...takde otak le kawan aku ni..sekali dah kena sergah baru sibuk nak kata.."erkkss yelah kan..anak haram plak..anak luar nikah le"
Hishh ko ni bedahhh (bkn nama sebenar) jangan le dok megah2 mengata anak org aihhhh..aku memang senstitip okeh sebab anak2 aku pompuan..so, aku takmo bincang menda2 macam ni ye...sorryyyyyyyyyy
Aku amat berhati2 dalam mengomen bab2 kebebasan remaja sekarang..sebb aku takmo tersalah cakap..aku takmo mendapat doa yg bukan2..so, pada kawan aku tu..ko baca artikel kat bawah ni ye beb...aku dah link kat ko tu...ko marah aku ke? hellehhhh i know u very well....ekekekeke sayang ko lah!!!! 

 sanggup ke korang manggil anak secomel ni sebagai anak ha***???? uihhhh tampo kang mulut tu baru tau!!
gambo curi pakcik goog..
   Dipanggil oleh seorang sahabat untuk menulis tajuk anak luar nikah yang    kesnya, pada hemat beliau, sudah menular dalam masyarakat kita. Kebimbangan    yang ditunjukkan adalah benar kerana menurut sebuah laporan bilangannya    memang banyak. Laporan yang dimaksudkan berbunyi,
          Amat menyedihkan kerana menurut statistik      pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja      (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang      dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
 
Ini    bermakna secara purata, sebanyak 7744.5 kes anak    luar nikah (orang Islam) direkodkan pada setiap    tahun, atau 645.4  sebulan, atau 21.5 kes    sehari dalam tempoh tersebut.
Anak luar    nikah ditakrif  sebagai anak tidak sah taraf, dalam undang-undang    negara. Keterangan lanjut mengenainya dapat dibaca daripada laporan di atas juga,    seperti berikut:
     Di      Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri      daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak      berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.      Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak      tidak sah taraf.
Ada      sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor      sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian      bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
Sijil    Kelahiran anak luar nikah sengaja dijadikan berbeza (supaya semua orang tahu statusnya).    Ayah kandungnya dicatatkan sebagai tidak tahu, atau undang-undang tidak mahu    tahu, iaitu satu tindakan yang dianggap naif. Lalu anak itu tidak dibin atau    dibinti dengan nama ayah kandung. Itu merupakan satu langkah    kurang bersifat kemanusiaan pula, kerana akan membuatnya hina seumur hidup,    bermula dari bangku sekolah.
Untuk mengelak    penghinaan, sesetengah ibu bapa kandung    mengambil keputusan  membuang anak mereka, misalan ke dalam tong sampah. Mungkin    ada juga masalah lain. Apapun masalah yang menimpa, namun masyarakat atau    undang-undang yang perihatin tentu dapat    mengatasinya dengan membantu agar nyawa anak yang tidak berdosa dapat diselamatkan.
Disyaki    undang-undang tersebut dipengaruhi kuasa agama bersifat tidak acuh    terhadap ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an. Sesungguhnya, Allah tidak menghukum    anak tidak berdosa itu. Dia tidak memberi gelaran buruk seperti anak luar nikah    atau anak tidak sah taraf, dan tidak juga menyuruh supaya tidak dibin atau dibinti    menurut nama ayah kandung. Sebaliknya, dengan mengambil iktibar daripada ayat    mengenai anak angkat, semua anak harus dibin atau dibinti dengan nama bapa    kandung. Ayat berkenaan berbunyi,
    "Dan tidak juga Dia membuatkan  anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut  bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak  mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam  agama, dan peliharaan" (33:4-5).
Dan kes Nabi Isa,    yang dilahir tanpa bapa. Allah memanggilnya dengan nama Isa putera    Mariam, atau Isa bin Mariam - dibinkan dengan nama ibu kerana ketiadaan    bapa. Ayat-ayat yang menyebut nama tersebut ialah:
2:87, 2:253,    3:45, 4:171, 5:46, 5:78, 5:110, 5:114, 5:116, 19:34, 33:7, 57:27, 61:6 dan    61:14. 
Kesemuanya    berjumlah 14. Bukan sahaja Allah yang memanggilnya Isa putera Mariam, malah    orang-orang kafir di sekelilingnya juga menggunakan nama tersebut (4:157), dan    tidak ketingalan pengikut-pengikut yang setia (5:112).
Baginda juga    dipanggil dengan nama al-Masih putera Mariam. Ia disebut    sebanyak 6 kali di dalam 5 ayat al-Qur'an, tiga oleh Allah dan tiga lagi oleh    orang kafir termasuk Kristian.
Selain dua    yang telah disebut, Nabi Isa turut dipanggil Allah, sebanyak 2 kali, dengan    nama putera Mariam. (Sila rujuk    Isa di bahagian    Kalimat Pilihan untuk penjelasan lanjut atas segala yang dibentang mengenainya    di sini. Terima kasih.) 
Dengan jumlah    ayat Allah begitu banyak, tidakkah patut dijadikan petunjuk bahawa setiap anak    berhak atau wajib diberi bin atau binti, dengan atau tanpa bapa kandung?
Kembali kepada    anak angkat. Dengan    tersebutnya tentang anak angkat, maka disyorkan supaya masyarakat yang perihatin  dapat menerima    serta menolong  anak-anak yang malang itu untuk dijadikan anak-anak angkat.    Amalan itu dipercayai mampu memberhentikan mereka    daripada dibuang ke dalam tong sampah.
Seperti sudah    disebut, Allah tidak menghukum anak yang dikeji itu. Segala hukum agama yang    wujud ke atasnya, selain daripada yang dimaklumkan, adalah juga hanya rekaan    manusia, iaitu mereka yang cuba menggunakan kuasa untuk menguasai segala sesuatu, semacam  Tuhan    yang berkuasa atas segala sesuatu.
Allah hanya    menghukum ibu dan bapa anak yang dilabel luar nikah. Hukumannya bukan dilontar hingga mati,    seperti hukuman rekaan manusia,    tetapi disebat, lalu mereka dapat terus hidup dan memelihara anak yang dikasihi,    atau dia tidak menjadi beban kepada orang lain.
Anak bergelar luar    nikah  lahir daripada perbuatan zina. Zina adalah lawan bagi apa yang    dikatakan "ikatan perkahwinan", seperti disebut di dalam ayat-ayat berikut:
         "... Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari,    dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam   perzinaan." (4:24)
      "... Maka kahwinilah    mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik    sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan,    atau mengambil sebagai teman rahsia," (4:25)
      "Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan    orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi    mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan,    dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu,    jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya    dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk    orang-orang yang rugi." (5:5)
   Tiga kali Tuhan sebut mengenai ikatan perkahwinan dan bukan dalam perzinaan.    Kahwin, jangan berzina, itu mesej-Nya! Lantaran itu, boleh jadi kerana adat perkahwinan    yang diada-adakan dan kos yang membebankan mendesak sesetengah pasangan        melakukan zina    demi memenuhi kehendak mereka.
   Jika angka bilangan anak berkenaan dikatakan banyak (21.5 kes sehari sedekad    lalu),    maka diduga bilangan orang Islam yang berzina dalam sehari dewasa ini adalah jauh lebih banyak    lagi. Walhal, Tuhan, dengan keras melarangnya:
         "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan,    dan jalan yang jahat." (17:32)
   Zina adalah satu kesumbangan, dan jalan yang jahat. Ia juga dilarang daripada didekati - pendek kata, tak usah    difikirkan tentang tu langsung!
   Didapati pula zina disebut bersama amalan menyekutukan Allah, dan membunuh jiwa yang Allah    haramkan. Ayat berikut menjelaskan lebih lanjut:
         "Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh    jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina,    kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa." (25:68)
   Dosa, dalam Kitab Allah, adalah suatu yang amat berat. Selanjutnya ia disebut    bersama  kejahatan lain, iaitu mencuri, membunuh anak-anak sendiri, mengumpat dan mengingkari rasul atau    mengingkari ayat-ayat-Nya, di dalam ayat berbunyi,
         "Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan    berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan    sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak    membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka    mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak    juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka,    dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun,    Pengasih." (60:12)
   Bagi penzina, baik lelaki mahupun perempuan, dihukum dengan hukuman ditetapkan    Allah,  yang maksimumnya tercatat di bawah:
      "Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah    tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama    Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu    mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada    orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka." (24:2)
   Dalam perkahwinan pula, mereka dikahwinkan dengan orang-orang yang diharamkan    untuk dikahwini oleh orang-orang mukmin, iaitu penzina yang serupa mereka, dan    orang-orang yang menyekutukan Allah. Firman-Nya,
         "Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang    berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada    yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan;    itu diharamkan kepada orang-orang mukmin." (24:3)
   Daripada ayat di atas, dapat difahamkan bahawa para penzina disamakan taraf    dengan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sayugia diingat iaitu dosa    menyekutukan Allah lazimnya tidak diampun.
   Tidak dinafikan, setelah difahamkan daripada ayat-ayat mengenai zina, bahawa    kejahatan tersebut adalah amat serius sekali, dan patut dijauhi.
   Mungkin terdapat orang mengaitkan sebab melakukan zina dengan kemudahan moden yang    ada seperti TV, internet dan sebagainya. Pendapat ini tidak berapa    disetujui, kerana sejak zaman dahulu kala lagi, amalan free sex telah    dilakukan dengan luas. Pandangan demikian terbit daripada ayat bermaksud,
         "Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah    di mihrab, 'Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang    mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada    kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih.'"    (3:39)
   Sebab Nabi Yahya disebut satu-satunya sebagai seorang Nabi yang suci daripada    kejahatan nafsu berahi adalah, menurut pandangan penulis, kerana kesumbangan    tersebut menular di kalangan masyarakat pada zaman itu. Pandangan dikukuhkan    lagi apabila Mariam yang hidup sezaman (zaman sejurus sebelum kelahiran Nabi    Isa) disebut pula sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya. Ayat    berkaitan berbunyi,
   
      "Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami    menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata    Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh."    (66:12)
   Frasa menjaga kemaluan menarik perhatian. Dengan itu, bukan yang berlaku di    sekeliling  menjadi punca utama dalam perzinaan tetapi lelaki dan    perempuan yang tidak menjaga kemaluan mereka daripada keinginan nafsu berahi.    Frasa tersebut diulang lagi di dalam lima ayat berikut:
         "Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;" (23:5)
      "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan    pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi    mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan." (24:30)
      "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka    menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka..." (24:31)
      "Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin    dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan    lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan    perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang    merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan    lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga   kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati    Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah    menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)
      "Dan menjaga kemaluan mereka," (70:29)
   Pengulangan frasa menggambarkan   betapa tegasnya Allah dalam menyuruh manusia menjaga kemaluan masing-masing. Namun, ayat-ayat atau    amaran-Nya, atau Peringatan, tidak berguna sedikit pun selagi manusia tidak mengikutinya    dan tidak takut kepada-Nya. Pendapat terbit daripada ayat berikut:
 
 "Kamu hanya memberi amaran kepada  orang yang mengikuti Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam  keadaan ghaib;" (36:11).
   Oleh demikian, jika kemaluan didapati tidak dijaga, dan zina bukan sahaja  didekati malah dilakukan dengan senang, maka sebabnya ialah tidak takut kepada  Allah. Sikap berani serupa itu, tentu sekali akan melahirkan anak yang dikategorikan  sebagai anak luar nikah. Lagi  ramai yang berani lagi banyaklah bilangan anak tersebut dalam masyarakat Islam.
Justeru, pendidikan agama harus menekankan  aspek mengikuti ayat-ayat Allah dengan taat, dan menakuti-Nya yang dalam keadaan  ghaib. Ajaran yang selama ini diterima, seperti neraka sebagai  tempat sementara, iaitu boleh keluar setelah dimasukkan ke dalamnya, bersyahadah  dapat masuk syurga, menunaikan Haji menghapuskan segala dosa, atau cinta kepada  ulama akan masuk syurga tanpa hisab, adalah difikirkan tidak mampu mencapai matlamat  tersebut, lalu sang maksiat  terus merayap-rayap di sana sini dalam dunia umat Islam  di sini.
~adiozzzzzzzzz~
 
17 org mintak aku reply komen;P:
Salam, budak tu tak bersalah yg bersalah mak apak budak tu apa yang dia tahu kadang kala sedih jugak kalau orang panggil anak luar nikah nie anak haram lagi kalau yg baru nak belajar erti kehidupan masyarakat tak boleh nak kecam mereka macam gitu mereka pon ada hati & perasaan sama macam anak yang sah...Tetiba terpanggil untuk comment plak....
baby comel tu tak bersalah..
yg salam mak ngan apak dia!
jgn la dipanggil dgn nama begitu..
tapi org skrg ni kalau marah je..nak carut dgn nama tu..ishhh x de sivik tau!
akakkkk panjang nya entry,tapi btul tu,knp kena panggil anak haram,padahal anak tu tak salah.
lulu no komen ye kak... siapalah kita untuk menilai..
pinky princess...kata2 ni kan doa..sakit telinga kalau org dok ulang2 perkataan yg sama..thanks for comment dear...
adik dolly sayammm..tulah..kena tarik nafas panjang2..jgn sampai keluar word2 yg tak baik tu..kan kan kan
rara..tak tau le may be dedulu derang marah sangat ngan baby2 ni sampai lekat le nama tu kan
lulu dear..akak tak suruh menilai ape2 cuma gunalah perkataan yg baik2 je kan..biar semua yg baik2 tu dapat plak tempias kat kite kan kan kan
nama jer orang islam tapi isinya kafir...
ermm.. farah pun marah kak kalau sebut anak haram! kesian kat budak tuu.. yg slah mak ayah die.. bukan die!!
betul tu kak risa...ayu sokong kata2 akak..yg salah mak bapa tu, tapi kenapa perlu hukum anak itu?? ish..ish,...tak patut sama sekali..
sian baby2 ni.. sedih betul la bila ada yg sanggup buang baby2 ni.. kejam betol
btul punyer marah :)
anak2 itu umpaman kain putih bersih, yg mencorak warna kehidupan adalah ibubapanya...moga2 mereka dilindungi dan dirahmati ALLAH hendakanya
yeah.. btol tu btol.. anak tu x bersalah langsung.. yang bersalah mak bapak dia.. anak tu x minx pown dia dilahirkan sebagai anak luar nikah.. jadi jangan sesuka hati nak hukum anak tuu.. HUHU
MySuaraBlog: Saya Suka K-Pop Malaysia
btol tu btol.. anak tu x bersalah langsung.. yang bersalah tu mak bapak dia bukannya dia.. dia x minx pown dilahirkan sebagai anak luar nikah.. jd jangan hukum anak itu.. kesian.. HUHU
MySuaraBlog: Saya Suka K-Pop Malaysia
betol tuh..anak tu tak bersalah pon..n dorg tak mntak utk dilahirkan secara haram macam tuh..mak ayah tuh yg haram..haih..makin bertambah kes anak luar nikah nih..sedeh kan kak sbb ramai budak melayu n Islam
sedih dan memalukan bila kes buang anak tu ramai dikalangan yang beragama Islam.. dah buat satu dosa nape nak tambah satu lagi dosa dengan membuang anak tersebut.. masa main tak hengat, bila dah timbul masalah dah tak boleh fikir..
saya pun tak suka kalu anak tu dipanggil anak haram..
kalu anak luar nikah tu sedap sket bahasanya..
anak2 ni tak salahkan.mak ayahnya yang takder iman tu yang patut disalahkan..
Post a Comment