Wednesday, May 18, 2011

anak haram?? watch out your mouth!!!!

Salam korang semua....lambat benau nak apdet entri kannnn

Aku ni keroje opis...mana de masa nak taip panjang2 ni sebenarnya...tp ku gagahkan jua untuk menaip dengan hati yg berkobar2..

Kenapa entri tu?? kenapa tajuk macam tu???? aku tak suke org labelkan anak2 yg lahir tanpa ikatan sah suami isteri ni sebagai anak haram!!! sape yg haram??? org yg buat anak tu lah yg haram jadah!! nape nak labelkan bebudak sesuci kain putih ni sebagai anak haram??? tak suke!!!
Aku bukan marah aku geram le bila perkataan tu disebut berulang2 kali...korang mendoakan budak tu jadi budak haram ke hape??? budak tu tak salah le wehhhh dia tak salahhhhh yg salah pelaku zina tu okehhhh!!!!!

Hah!!! kan aku dah marah...haishhhhh sebutlah anak luar nikah ke hape ke...takde otak le kawan aku ni..sekali dah kena sergah baru sibuk nak kata.."erkkss yelah kan..anak haram plak..anak luar nikah le"
Hishh ko ni bedahhh (bkn nama sebenar) jangan le dok megah2 mengata anak org aihhhh..aku memang senstitip okeh sebab anak2 aku pompuan..so, aku takmo bincang menda2 macam ni ye...sorryyyyyyyyyy

Aku amat berhati2 dalam mengomen bab2 kebebasan remaja sekarang..sebb aku takmo tersalah cakap..aku takmo mendapat doa yg bukan2..so, pada kawan aku tu..ko baca artikel kat bawah ni ye beb...aku dah link kat ko tu...ko marah aku ke? hellehhhh i know u very well....ekekekeke sayang ko lah!!!!

 sanggup ke korang manggil anak secomel ni sebagai anak ha***???? uihhhh tampo kang mulut tu baru tau!!
gambo curi pakcik goog..


Dipanggil oleh seorang sahabat untuk menulis tajuk anak luar nikah yang kesnya, pada hemat beliau, sudah menular dalam masyarakat kita. Kebimbangan yang ditunjukkan adalah benar kerana menurut sebuah laporan bilangannya memang banyak. Laporan yang dimaksudkan berbunyi,

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
 

Ini bermakna secara purata, sebanyak 7744.5 kes anak luar nikah (orang Islam) direkodkan pada setiap tahun, atau 645.4 sebulan, atau 21.5 kes sehari dalam tempoh tersebut.

Anak luar nikah ditakrif sebagai anak tidak sah taraf, dalam undang-undang negara. Keterangan lanjut mengenainya dapat dibaca daripada laporan di atas juga, seperti berikut:

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Sijil Kelahiran anak luar nikah sengaja dijadikan berbeza (supaya semua orang tahu statusnya). Ayah kandungnya dicatatkan sebagai tidak tahu, atau undang-undang tidak mahu tahu, iaitu satu tindakan yang dianggap naif. Lalu anak itu tidak dibin atau dibinti dengan nama ayah kandung. Itu merupakan satu langkah kurang bersifat kemanusiaan pula, kerana akan membuatnya hina seumur hidup, bermula dari bangku sekolah.

Untuk mengelak penghinaan, sesetengah ibu bapa kandung mengambil keputusan membuang anak mereka, misalan ke dalam tong sampah. Mungkin ada juga masalah lain. Apapun masalah yang menimpa, namun masyarakat atau undang-undang yang perihatin tentu dapat mengatasinya dengan membantu agar nyawa anak yang tidak berdosa dapat diselamatkan.


Disyaki undang-undang tersebut dipengaruhi kuasa agama bersifat tidak acuh terhadap ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an. Sesungguhnya, Allah tidak menghukum anak tidak berdosa itu. Dia tidak memberi gelaran buruk seperti anak luar nikah atau anak tidak sah taraf, dan tidak juga menyuruh supaya tidak dibin atau dibinti menurut nama ayah kandung. Sebaliknya, dengan mengambil iktibar daripada ayat mengenai anak angkat, semua anak harus dibin atau dibinti dengan nama bapa kandung. Ayat berkenaan berbunyi,

"Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan" (33:4-5).

Dan kes Nabi Isa, yang dilahir tanpa bapa. Allah memanggilnya dengan nama Isa putera Mariam, atau Isa bin Mariam - dibinkan dengan nama ibu kerana ketiadaan bapa. Ayat-ayat yang menyebut nama tersebut ialah:

2:87, 2:253, 3:45, 4:171, 5:46, 5:78, 5:110, 5:114, 5:116, 19:34, 33:7, 57:27, 61:6 dan 61:14.

Kesemuanya berjumlah 14. Bukan sahaja Allah yang memanggilnya Isa putera Mariam, malah orang-orang kafir di sekelilingnya juga menggunakan nama tersebut (4:157), dan tidak ketingalan pengikut-pengikut yang setia (5:112).

Baginda juga dipanggil dengan nama al-Masih putera Mariam. Ia disebut sebanyak 6 kali di dalam 5 ayat al-Qur'an, tiga oleh Allah dan tiga lagi oleh orang kafir termasuk Kristian.

Selain dua yang telah disebut, Nabi Isa turut dipanggil Allah, sebanyak 2 kali, dengan nama putera Mariam. (Sila rujuk Isa di bahagian Kalimat Pilihan untuk penjelasan lanjut atas segala yang dibentang mengenainya di sini. Terima kasih.)

Dengan jumlah ayat Allah begitu banyak, tidakkah patut dijadikan petunjuk bahawa setiap anak berhak atau wajib diberi bin atau binti, dengan atau tanpa bapa kandung?


Kembali kepada anak angkat. Dengan tersebutnya tentang anak angkat, maka disyorkan supaya masyarakat yang perihatin dapat menerima serta menolong anak-anak yang malang itu untuk dijadikan anak-anak angkat. Amalan itu dipercayai mampu memberhentikan mereka daripada dibuang ke dalam tong sampah.


Seperti sudah disebut, Allah tidak menghukum anak yang dikeji itu. Segala hukum agama yang wujud ke atasnya, selain daripada yang dimaklumkan, adalah juga hanya rekaan manusia, iaitu mereka yang cuba menggunakan kuasa untuk menguasai segala sesuatu, semacam Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu.

Allah hanya menghukum ibu dan bapa anak yang dilabel luar nikah. Hukumannya bukan dilontar hingga mati, seperti hukuman rekaan manusia, tetapi disebat, lalu mereka dapat terus hidup dan memelihara anak yang dikasihi, atau dia tidak menjadi beban kepada orang lain.


Anak bergelar luar nikah lahir daripada perbuatan zina. Zina adalah lawan bagi apa yang dikatakan "ikatan perkahwinan", seperti disebut di dalam ayat-ayat berikut:

"... Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan." (4:24)

"... Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia," (4:25)

"Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi." (5:5)

Tiga kali Tuhan sebut mengenai ikatan perkahwinan dan bukan dalam perzinaan. Kahwin, jangan berzina, itu mesej-Nya! Lantaran itu, boleh jadi kerana adat perkahwinan yang diada-adakan dan kos yang membebankan mendesak sesetengah pasangan melakukan zina demi memenuhi kehendak mereka.


Jika angka bilangan anak berkenaan dikatakan banyak (21.5 kes sehari sedekad lalu), maka diduga bilangan orang Islam yang berzina dalam sehari dewasa ini adalah jauh lebih banyak lagi. Walhal, Tuhan, dengan keras melarangnya:

"Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat." (17:32)

Zina adalah satu kesumbangan, dan jalan yang jahat. Ia juga dilarang daripada didekati - pendek kata, tak usah difikirkan tentang tu langsung!

Didapati pula zina disebut bersama amalan menyekutukan Allah, dan membunuh jiwa yang Allah haramkan. Ayat berikut menjelaskan lebih lanjut:

"Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa." (25:68)

Dosa, dalam Kitab Allah, adalah suatu yang amat berat. Selanjutnya ia disebut bersama kejahatan lain, iaitu mencuri, membunuh anak-anak sendiri, mengumpat dan mengingkari rasul atau mengingkari ayat-ayat-Nya, di dalam ayat berbunyi,

"Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (60:12)

Bagi penzina, baik lelaki mahupun perempuan, dihukum dengan hukuman ditetapkan Allah, yang maksimumnya tercatat di bawah:

"Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka." (24:2)

Dalam perkahwinan pula, mereka dikahwinkan dengan orang-orang yang diharamkan untuk dikahwini oleh orang-orang mukmin, iaitu penzina yang serupa mereka, dan orang-orang yang menyekutukan Allah. Firman-Nya,

"Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin." (24:3)

Daripada ayat di atas, dapat difahamkan bahawa para penzina disamakan taraf dengan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sayugia diingat iaitu dosa menyekutukan Allah lazimnya tidak diampun.

Tidak dinafikan, setelah difahamkan daripada ayat-ayat mengenai zina, bahawa kejahatan tersebut adalah amat serius sekali, dan patut dijauhi.


Mungkin terdapat orang mengaitkan sebab melakukan zina dengan kemudahan moden yang ada seperti TV, internet dan sebagainya. Pendapat ini tidak berapa disetujui, kerana sejak zaman dahulu kala lagi, amalan free sex telah dilakukan dengan luas. Pandangan demikian terbit daripada ayat bermaksud,

"Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, 'Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih.'" (3:39)

Sebab Nabi Yahya disebut satu-satunya sebagai seorang Nabi yang suci daripada kejahatan nafsu berahi adalah, menurut pandangan penulis, kerana kesumbangan tersebut menular di kalangan masyarakat pada zaman itu. Pandangan dikukuhkan lagi apabila Mariam yang hidup sezaman (zaman sejurus sebelum kelahiran Nabi Isa) disebut pula sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya. Ayat berkaitan berbunyi,

"Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh." (66:12)

Frasa menjaga kemaluan menarik perhatian. Dengan itu, bukan yang berlaku di sekeliling menjadi punca utama dalam perzinaan tetapi lelaki dan perempuan yang tidak menjaga kemaluan mereka daripada keinginan nafsu berahi. Frasa tersebut diulang lagi di dalam lima ayat berikut:

"Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;" (23:5)

"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan." (24:30)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka..." (24:31)

"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)

"Dan menjaga kemaluan mereka," (70:29)

Pengulangan frasa menggambarkan betapa tegasnya Allah dalam menyuruh manusia menjaga kemaluan masing-masing. Namun, ayat-ayat atau amaran-Nya, atau Peringatan, tidak berguna sedikit pun selagi manusia tidak mengikutinya dan tidak takut kepada-Nya. Pendapat terbit daripada ayat berikut:
 
"Kamu hanya memberi amaran kepada orang yang mengikuti Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib;" (36:11).

Oleh demikian, jika kemaluan didapati tidak dijaga, dan zina bukan sahaja didekati malah dilakukan dengan senang, maka sebabnya ialah tidak takut kepada Allah. Sikap berani serupa itu, tentu sekali akan melahirkan anak yang dikategorikan sebagai anak luar nikah. Lagi ramai yang berani lagi banyaklah bilangan anak tersebut dalam masyarakat Islam.
Justeru, pendidikan agama harus menekankan aspek mengikuti ayat-ayat Allah dengan taat, dan menakuti-Nya yang dalam keadaan ghaib. Ajaran yang selama ini diterima, seperti neraka sebagai tempat sementara, iaitu boleh keluar setelah dimasukkan ke dalamnya, bersyahadah dapat masuk syurga, menunaikan Haji menghapuskan segala dosa, atau cinta kepada ulama akan masuk syurga tanpa hisab, adalah difikirkan tidak mampu mencapai matlamat tersebut, lalu sang maksiat terus merayap-rayap di sana sini dalam dunia umat Islam di sini.


~adiozzzzzzzzz~

17 org mintak aku reply komen;P:

Ƥιиκιɛʏ Ƥяιиcɛƨƨ said...

Salam, budak tu tak bersalah yg bersalah mak apak budak tu apa yang dia tahu kadang kala sedih jugak kalau orang panggil anak luar nikah nie anak haram lagi kalau yg baru nak belajar erti kehidupan masyarakat tak boleh nak kecam mereka macam gitu mereka pon ada hati & perasaan sama macam anak yang sah...Tetiba terpanggil untuk comment plak....

PinKy MoMMa said...

baby comel tu tak bersalah..
yg salam mak ngan apak dia!

jgn la dipanggil dgn nama begitu..
tapi org skrg ni kalau marah je..nak carut dgn nama tu..ishhh x de sivik tau!

safurara said...

akakkkk panjang nya entry,tapi btul tu,knp kena panggil anak haram,padahal anak tu tak salah.

Lulu Caldina said...

lulu no komen ye kak... siapalah kita untuk menilai..

risa said...

pinky princess...kata2 ni kan doa..sakit telinga kalau org dok ulang2 perkataan yg sama..thanks for comment dear...

adik dolly sayammm..tulah..kena tarik nafas panjang2..jgn sampai keluar word2 yg tak baik tu..kan kan kan

rara..tak tau le may be dedulu derang marah sangat ngan baby2 ni sampai lekat le nama tu kan

risa said...

lulu dear..akak tak suruh menilai ape2 cuma gunalah perkataan yg baik2 je kan..biar semua yg baik2 tu dapat plak tempias kat kite kan kan kan

Daddylicious said...

nama jer orang islam tapi isinya kafir...

Farah Shamsudin said...

ermm.. farah pun marah kak kalau sebut anak haram! kesian kat budak tuu.. yg slah mak ayah die.. bukan die!!

ayukhairy said...

betul tu kak risa...ayu sokong kata2 akak..yg salah mak bapa tu, tapi kenapa perlu hukum anak itu?? ish..ish,...tak patut sama sekali..

kemboja said...

sian baby2 ni.. sedih betul la bila ada yg sanggup buang baby2 ni.. kejam betol

Izwa Kamaruddin said...

btul punyer marah :)

zuwaidah said...

anak2 itu umpaman kain putih bersih, yg mencorak warna kehidupan adalah ibubapanya...moga2 mereka dilindungi dan dirahmati ALLAH hendakanya

ZWAN SABRI said...

yeah.. btol tu btol.. anak tu x bersalah langsung.. yang bersalah mak bapak dia.. anak tu x minx pown dia dilahirkan sebagai anak luar nikah.. jadi jangan sesuka hati nak hukum anak tuu.. HUHU

MySuaraBlog: Saya Suka K-Pop Malaysia

ZWAN SABRI said...

btol tu btol.. anak tu x bersalah langsung.. yang bersalah tu mak bapak dia bukannya dia.. dia x minx pown dilahirkan sebagai anak luar nikah.. jd jangan hukum anak itu.. kesian.. HUHU

MySuaraBlog: Saya Suka K-Pop Malaysia

alexayussida said...

betol tuh..anak tu tak bersalah pon..n dorg tak mntak utk dilahirkan secara haram macam tuh..mak ayah tuh yg haram..haih..makin bertambah kes anak luar nikah nih..sedeh kan kak sbb ramai budak melayu n Islam

aizamia3 said...

sedih dan memalukan bila kes buang anak tu ramai dikalangan yang beragama Islam.. dah buat satu dosa nape nak tambah satu lagi dosa dengan membuang anak tersebut.. masa main tak hengat, bila dah timbul masalah dah tak boleh fikir..

ashra said...

saya pun tak suka kalu anak tu dipanggil anak haram..

kalu anak luar nikah tu sedap sket bahasanya..

anak2 ni tak salahkan.mak ayahnya yang takder iman tu yang patut disalahkan..

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat