Monday, February 28, 2011

~korang baca pasal pelajar kena cabul tu tak???~~

salam semua...
semalam ada nengok berita ni kat TV3...hari ni aku baca laporan penuh kat berita harian

P/S: aku teringat anak dara aku neh...uwaaaaaaaaaaaaaa jahat le cikgu tu
dah le tingkatan 3..anakdara aku pon tingkatan 3 gaksss...agak2 korang nape eh cikgu tu buat macam tu? adoyaiii...cikgu owhhh cikgu jagalah martabat anda sebagai seorang guru...guru ni tinggi martabat dia tau..nape nak rosakkan dengan menda2 macam ni..alahai sedih betul bila baca neh

 

11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Nor Fazlina Abdul Rahim

2011/02/28

Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan

KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.
Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas.
Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.

Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.

Katanya, berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.

“Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tetap tidak berhasil.
“Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,” katanya semalam.
Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

sumber dari sini



11 org mintak aku reply komen;P:

DeLLa said...

jahattttt

Norita Shaklee said...

Mudah2an ALLAH pelihara anak2 kita dari segala yang tidak baik , kak. Ameen.

sicKo^ said...

memang cikgu ni merepek.. tak logik btul alasan

the3imans said...

eeeee...gelila!!
cikgu dh tua, gile sex!!

bonda dadif aka akish said...

huh...mmg tak gune ebtol la cikgu tuh...dasar betol!!!

Christina Arissa said...

ada ka bagi alasan camtuh.. cettt... tamppar sampai parkinson baru tau

Mama Syadiyah said...

Memang cikgu tu sakit jiwa. Manusia zaman sekarang ni ramai yang sakit jiwa.. cuma sakit dia tu tak kelihatan. Kena beware of almost everyone sekarang ni. Itu yang daku selalu pesan pada Syadiyah. Semoga anak2 dan keluarga kita terpelihara dari semua perkara2 yang tidak diingini macam ni. Aaamiiiiiiin.

Lady of Leisure said...

sampai gitu sekali.. :(

Anonymous said...

salam..saya adalah rakan guru yg dimaksudkan&1 sekolah dgnnya...sbg org luar..jgn cuba menjatuhkan hukum tanpa menilai..org luar xtahu perkara sebenar..perkara masih dlm siasatan..yg penting laporan dlm akhbar byk yg bcanggah..apatah lg dikatakan ditahan reman..mmg xbetol...

ashra said...

da lama tak baca paper mesia.hehe..
aduhhh.keji sungguh kan.ni semua takder iman punya orang...

risa said...

alahaiii..... betul ke tidak cerita kat berita ni ye kengkawan...ada komen dari org yg tak dikenali mengatakan ini fitnah semata2..so, macam mana ye
kalau betul org tu boleh tak ceirta hal yg sebenar kat sini?

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat