Sunday, February 20, 2011

Copy Paste dari blog Mama Zharfan~~kekeliruan tentang salam dan as salam

mohon share dari blog mama Zharfan...semoga kite semua dapat manfaat ye..insyaallahhh

 

Antara 'salam ' & 'as-salam' | masih ada yg terkeliru

me terbaca kat blog baby ibu--psl kekeliruan these two terms, and related terms such as akum or semekom etc

then me dh tanya ustaz love pun..and ustaz love dh jwb pun, so setel lah, dh clear for me apa kedudukannya...

then, masa me BW, me ternampak ada ramai lg yg masih keliru( so far me jumpa 3 entries yg berkaitan dgn isu ni)---ramai yg beranggapan, tak boleh guna 'salam' ajer, nak kena guna 'as-salam'--walhal, boleh jer guna 'salam' tu, sbb sama jer maksud as-salam or salam ..

ni me copy paste dari blog ustaz love -- moga2 tak timbul lg kekeliruan lps ni..

Soal Jawab : As-Salam Ke Salam?

30 Jan
Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Mama Zharfan berkenaan dengan ucapan salam…
ustaz, bila 2ustaz free nanti, tlg jwb psl ni yer..ni blog kwn me ni
sbb setahu me, boleh guna perkataan salam..
entry ni ckp kena guna “as-salam”, tak leh guna “salam” ajer
Isu ni pernah ditanyakan kepada Ustaz Love.. tapi rasanya Ustaz Love jawab kat shoutbox je..
Jawapan Ustaz Love :
Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb.. semuanya dah diterangkan pada blog di atas..
Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?
Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.
Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.
Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..
Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar…
Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..
Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” ;)

0 org mintak aku reply komen;P:

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat