Assalamualaikummmmmmm.....
tetiba plak rasa nak mam ceklat..semalam pi beli barang dapor kat econsave terjeling2 ceklat..biasa somi yg amik ceklat sebab dia memang hantu ceklat..tp ntah macam mana ternampak ceklat yg dibawah ni kannnn...macam terpanggil2 plak suh amik...ekekeke sudah nye pepagi aku dah mam ceklat...sedap neh cuma aku tak gemor kacang tu..aku mam ceklat dia je lah..hampas kasi buang no...hehehehe
selamat bekpes kawan2 semua ye:)
sambil2 tu meh kite jeling2 artikel yg aku dapat masa dok menggogle tadi..thanks pakcik goog!! hehehe
sumber datang dari sini ye kengkawan...boleh makan tapi jangan berlebihan okehhhh
  Coklat  selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan  malah boleh memudaratkan kesihatan badan.  Oleh yang  demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar.  Hasil  daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan  kebaikan dan khasiat coklat. |    
Coklat  bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada  pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
 
  |    
  Lemak  koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak  tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.     Sementara  asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula  mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. |    
| Melalui  kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan  gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin  ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak  dan asid di dalam mulut. Asid  yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca  kerosakan gigi.  Plak adalah  sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria. Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.  |    
| Lemak  kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang  membolehkan ia mudah cair di dalam mulut.  Pertumbuhan  plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut. |    
      Coklat  dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu  mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol  bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada  teroksida dan menyumbat arteri. |    
           Coklat  mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.  Oleh  itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar  seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta  aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat  merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana  jua. |    
           Sejumlah  besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi  kebaikan semula jadi. Secara  perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein  berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal  atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.  Kajian telah membukitkan bahawa coklat  mengandungi khasiat makanan yang seimbang.Sumber: Chocolate: Facts On  Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate  Manufacturers Association of the U.S.A.  |    
|   Minuman  koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain  yang terdapat di pasaran. ![]() Sumber: Bowes and Church's Food  Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The  Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)      |    


C
C










3 org mintak aku reply komen;P:
adoii.. lamanye dah tak makan cukelat snickers tuu... hehehe.. betoi2.. nak makan cukelat boleh... tapi jgn overdose sudaa.. :D
coklat memang banyak bagi energy.. tapi klau makan banyak2, tapi tak guna energy yg dapat tu, ia akan tukar jadi lemak kot.. hehe
uiii suka la makan coklat snickers tu..
Post a Comment