Salam dan selamat malam korang....
Hati terguris...robek seketika ketika membaca kisah insan2 terpilih ini... Sekiranya kite diuji oleh ALLAH dan mengeluh kerana tidak sanggup menghadapinya...Ingatlah sesungguhnya ada insan2 lain yg diuji lebih berat yg tak terjangkau dek akal...Sedang bergembira diduga direntap segala kegembiraan...tapi masih ada senyuman diwajah2 mereka..
Insaf sungguh rasanya...berat mata memandang berat lagi bahu mereka yg memikul....Sangat2 terharu..tak sanggup rasanya melihat gambar sikecil yg langsung tak dapat belaian seorang ibu:(
YAALLAH YA TUHAN KAMI...SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI...SEMOGA KAU KURNIAKANLAH KESEMBUHAN PADA HAMBAMU BERNAMA NORMA DAN RINGANKANLAH BEBAN PASANGANNYA TALIB DEMI ANAK MEREKA RAFIQ...aminnnn yarabbalaminnnnnnnnnnn..
aku copy paste kan cerita tentang pasangan ni dari blog FILLA
ini semua copy dari blog filla ye...sama2 kite amik iktibar dan harap korang yg membaca dapat menghulurkan bantuan:(
 
FILLAHari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana.. 
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia 
Moon..  dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog  Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi  sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda  ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau  Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
Adik  ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon  macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin..  lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki  yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma  melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu  Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain  selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru..  lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak  pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu..  selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan  abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang  menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat  check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer..  sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa  belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak.  hmmmmm.. 
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir  menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila  Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu  pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami  Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati  Norma saat melihat Rafiq.. 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon  aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak  menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana  lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka.. 
-Talib bersama Rafiq-
-tangan Norma yang lebam-
-gambar terkini baby Rafiq-
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan  lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan  entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..  dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je.. 
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan  langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji  ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma,  InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma  yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection  je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil..  sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli  susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan  ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi  yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka  Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa  tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah  boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas  korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah  dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq  membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya  Talib... Amin....
 
14 org mintak aku reply komen;P:
kiter sesamer berdoa kak
sebak hati saya membaca entri ni kak..dah tak mampu berkata apa...
sedih...
moga entri semua blogger dapat membantu meringankan beban dia!
syafahallah..
Allahhuakbar...berat mata memandang, berat lagi bahu insan teroilih ini dengan dugaan-MU. Titisan air mata takkala membaca entry ini tidak dapat menghapus secubit pun kesakitan serta kepedihan keluarga ini. Hanya Doa senantiasa mengiringi muga hikmah sebalik dugaan ini menanti mereka di alam kekal nanti. Muga permata jiwa yang satu dapat mengurangkan kesakitannya dengan senyum tawa ciptaan Allah....
:( semoga mereka tabah..
sedihnya..
semoga beliau kuat untuk menghadpinya
tak terluah dengan kata-kata..
thanks dear sebab sudi share kat blog u ...ai really2 appreciate it
hope usaha kiter di berkati oleh NYA ...
thanks
Moon
thanks dear sebab sudi share kat blog u ...ai really2 appreciate it
hope usaha kiter di berkati oleh NYA ...
thanks
Moon
sedih dengar..
speechless*
insyaallah kita sama2 membantu meringankan sedikit penderitaan mereka..
Ya Allah..kesiannya.
si kecil yang tak tahu apa2...
si ibu yang beru melahirkan .. diuji pula begitu ...
~ moga mereka tabah.
diorang kat mana ye? Nanti kak Es minta NGO terhampir ziarah , tgk apa yang boleh dibantu
Bergenang airmata MTT baca kisah dorang ni semalam kak..Moga Allah tabahkan hati keluarga mereka untuk tempuh semua ni.. :'(
moga Allah membantu mereka...ameen..
Post a Comment