Saturday, December 17, 2011

Rindunyaaaaaaaaaa:)

Salam korang semuaaaaaaaaaaaaaa...

Ape kabar korang semua???? mesti sihat2 kannnnn...alahai sori lah kengkawan lama tak lawat umah2 korang...erksss aku cakap sensorang eh...ada lagi ke yg tengok blog aku eh??? hehehe ade ke? ade ke????
alolololo cian ai tau cakap sensorang je kan kan....

Macam2 cerito adooooo pasal pregnancy pasal workplace pasal anak2 pasal vacation...hehehe tapi semua tu dok dalam kepala ajelah...kena jugak abadikan dalam my blog ni kan kan kan...kalau tak hilang gitu2 aje lah ye....ruginya...agak2 bila lah nak meng up to date kan balik blog neh...siannnnnnnnn

Perlukah salahkan hormon??? hehehe
Sekarang ni kandungan udah 30weeks...another 8weeks to goooooooooooo...yippieeeee semoga semuanya dipermudhkan insyaallah...berat sekarang udah 85kgs!!! baby dok dalam tummy dengan bert around 1.3kgs...hehehe alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupon ada terkehel sikit2 tu biasalah kannn...nama pon pregnant...hehehe

Okeylah korang nak pi tengok bubur pulut itam tu...kang hangus naya kang aaaaaaaaaaaaa

adiosssssss amigossssssssssss


terkini dari sayeeeeeee....ekekeke bam bam kan kan kan:)

Sunday, October 23, 2011

pagi yang hening;)

Salam dan selamat pagi.....

Ape aku buat pepagi ni eh....
Tengok kiri tengok kanan semua tengah nyenyak...apelah yg sedang dimimpikan mereka semua....tetiba rasa syahdu pulak...kalau lah aku or suami takde...lenakah tidur anak2 ni kan? Emmmmm

Perempuan pregnant ni mmg emo.mnjang le kannnnn..suka pikir bukan2...ce cuba bw2 mengaji ke baca buku ke kan elok....haishhhhh

Bukak fb tengok ramai betul dak blogger yg tak titon lagi...rajin nye lah derang ni...aku ni zaman belajar dulu rajin le nak berjaga sampai pagi...ni dah beranak pinak memang tak koser nak berembun...cukup time zzzzzzzzzz ekekek

Erksssss mana somi aku eh???? Hamboiiii syiok dia dok dpn tv....krohhhhh krohhhhhh tv tengok dia!!! Cettttt...pembaziran le cik abg oiii...

Rasa2 nak sambung tidor ke nak tunggu subuh eh....hehehe
Lagi 18minggu sok si kecik ni kuar mmg tak nyenyak le tidor kannn biasalah tu kalo ada baby;)

Ok lah kang ada yg merapu2 entah ape2 lah pepagi nih..jumpa lagi korammmmm! Terima kasih ye masih ingat kat blog yg mcm ceklat chipsmore neh...moga2 semua blogger malaysia makin maju dan kaya raya;)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

Amalan semasa mengandung

Sekadar Berkongsi:)

Amalan-amalan yang dapat diamalkan ketika mengandung Panduan dan Tips




Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :





"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

sambungan artikel - klik
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2009/05/amalan-amalan-yang-dapat-diamalkan.html





 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat