Thursday, November 12, 2009

hyPertenTion/Darah Tinggi

Assalamualaikum kawan2..
minggu lepas aku pegi PD..mandi kolam..mandi laut (air masin nih)
lepas balik tu aku dah rasa lain macam...aku tak pening, tapi aku rasa dunia berpusing2...
macam ada gempa bumi...
aku dah mula syak kemungkinan tekanan darah ku naik..hari isnin kat tempat keja, aku check dengan HA (hospital assistant)
140/90...border line nih, so HA suruh aku jaga makan, jgn stress dan suruh cukup rehat
tapi 2nd day tu aku rasa makin teruk sampai aku terhoyong hayang bila bejalan...
aku pegi klinik malam tu dan bacaan masa tu 160/100
wahhhhhhhhhhh...dah tinggi sangat neh...doktor terus suruh makan ubat and ask me to rest for a while....emmmm pelik aku, camne aku boleh kena tekanan darah tinggi neh..
aku rasa sebab gaya hidup ku memang tak sehat..terlalu penat dan makanan tak seimbang..
so, aku pinjam artikel yg dikirim oleh sahabat ku fisah...thanks fisah..i owe u for dis
aku akan follow artikel ni insyaallah...doakan ku ye kengkawan

****Bersyukurlah kerana anda telah dikesan menghidap tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian, anda adalah di antara hampir 3 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun tekanan darah anda tidak terlalu tinggi. Tekanan darah anda ialah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa. Tekanan darah seperti ini dinamakan tekanan darah tinggi ringan. Walaupun anda tidak perlu memakan ubat buat masa ini, harus diingat tekanan darah anda masih tidak normal. Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa. Oleh itu……. Bertekadlah untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda Kerana…… tekanan darah tinggi seperti yang anda alami tetap berbahaya. Tekanan darah tinggi ringan juga boleh menyebabkan
Penyakit jantung koronari
Kegagalan jantung
Angin ahmar (strok)
Penyakit buah pinggang.
Ikutilah cara berikut untuk mengurangkan garam dalam masakan anda.
 Kurangkan penambahan garam dalam masakan atau makanan anda.
 Kurangkan penambahan kicap dan sos di dalam masakan atau makanan.
 Kurangkan penambahan kiub perasa / serbuk perasa dalam masakan atau makanan anda.
 Kurangkan pengambilan makanan dalam tin.
 Rendam ikan bilis atau ikan masi selama beberapa jam sebelum dimasak.
 Kurangkan makanan ringan yang masin seperti kerepek ubi, keropok dan kacang bergaram.
PETUA TAMBAHAN
Untuk mengelakkan rasa tawar dan melazatkan makanan.
●Tambah rempah ratus dalam masakan.
●Tambah daun-daun berperisa seperti daun kesom, daun kunyit, bunga kantan, serai, daun limau purut dan lain-lain ke dalam masakan.
●Perah jus limau, masukkan asam gelugur atau asam jawa ke dalam masakan.
PENGEKALAN
Ketahuilah beberapa cabaran yang anda perlu atasi. Cabaran-cabaran ini boleh menyebabkan tekanan darah anda naik semula setelah ianya terkawal.
1. Berat badan yang meningkat

Ini lazimnya disebabkan keinginan untuk makan berlebihan dan kurang aktif. Cuba atasi kecenderungan ini dengan menanamkan sifat makan makanan yang sihat secara berjadual dan hidup cara aktif. Antara petua-petua yang berguna ialah:
Makan secara sederhana mengikut waktu (sarapan, tengah hari, petang dan malam)
Lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Pilih makanan yang kurang lemak dan gula.
Jadikan hidup cara aktif sebagai budaya hidup di dalam dan di luar rumah.
Pilihlah senaman yang menyeronokkan dan lakukan secara berkumpulan. Jadikan ianya sebahagian dari hidup anda yang aktif.

2. Keinginan memakan makanan masin

Pastikan anda sentiasa mengawal pengambilan garam atau serbuk perasa. Selain daripada menghadkan jumlah garam atau serbuk perasa seperti yang disebut pada peringkat 3, berhati-hatilah dengan garam dalam makanan-makanan dalam tin atau snek. Jangan khuatir jika makanan anda terasa terlalu tawar pada mulanya. Lama-kelamaan anda akan membiasakan lidah anda dengan makanan tawar sedikit ..…
"BIAR TAWAR DI LIDAH ASAL TEKANAN DARAH TERKAWAL"
Semoga aku dilindungi...semoga aku tidak dapat penyakit in...sesungguhnya masih banyak yg belum kulaksanakan..masih banyak amalan yg perlu ku kumpul...sesungguhnya ALLAH maha mengetahui ape yg dikehendaki pada hambanya...

Wednesday, October 28, 2009

mia main ba ba cak!!!

hehehe..mia masih lagi sakit..tapi dah ok sikit dari hari yg aku post pasal ulser tu
dia dah pandai main ba ba cakk..tengok le gambau2 kat bawah neh..susah jugak nak snap picture baby mia tengah main ni..kena suruh dia ulang banyak kali...maklum le dia tengah mimik tuh



tutup muka dulu ye....srot..srott...mia icap susu

buka sikit...baaaaaaaaaaaaaa



cak..hmmm..hmmmm



tengok dia senyum..hehehe sengeh le nih
semoga cepat sembuh ye sayang...mmmuuahhhh

Monday, October 26, 2009

mia kena ulser!!!???!!

salam kepada sume kengkawan...dah lama tak update blog sebab rasa2 citer takde yg menarik..
ada anak kecik semuanya kisah anak kecil..sibibir mongel ni..
tapi lately baby mia tak berape sihat...dan akhirnya hari ni baby mia kena ulser yg teruk
YAALLAH...terasa kecuaian ku dah melampaui batas... I thought coz of her new teeth..
lupa nak bagitau kengkawan.. baby mia dah ada gigi!!!
sekali dua kuar..sebab tu dia tak berasa selesa...memang tak sangka ulser tu akan tambah teruk
doktor kata hygene...atau sakit kuku dan mulut..
masyaALLAH...takut aku dengar...tapi bila cek suhu baby mia tak demam..plus takde menda2 melepuh kat serata badan or kaki dia..
lega sikit aku..tapi still takleh terima bila bibir dia berdarah...


ni masa dia bangun pagi tadi...sebab dia nangis and buka mulut besar2 so, ulser tu merekah tu pasal kuar darah...masa ni memang dengan mama dia sekali ikut nangis..sebab cara dia nangis tu memang cam dia nak bagitau sakit yg amat sangat...
masa ni dia tak nak langsung kite pujuk...mama cakap jangan nangis nanti ulser tu pecah...nanti berdarah lagi...actually dia nak mimik..maybe haus..tapi sebab sakit..tu pasal dia nangis... uwaaaaaaaaaaaa..

ni snap lepas dia makan ubat and sapu gloss kat bibir tu...nampak bekas2 merah tu kan..sebenarnya darah, tapi takut nak lap..takut dia sakit...uwaaaaaaaaaa
mama kesian ngan anak mama...nape leh jadi camneh...kenapa? whyyyy...nape kena kat mia..nape tak kena kat mama...alahai...
YA ALLAH...berilah kesihatan kepada anakku ini...sesunggunya hanya KAU maha mengetahui...semoga anak mama jadi anak yg sihat dan kuat..AMINNN

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat