Tuesday, July 20, 2010

~DieT oowwhhh DIeT~

Salam kengkawann...

Nak citer pasal diet neh...
hahahahha gelak dulu le baru beshhh:))
aku bukan ape..syiok2 bgtau org aku nak diet
sume org dah salah anggap ingat aku nak bergaya
nak merampingkan pinggang??? huahuahua
padahal aku dah kena suspek diabetes..
wahhhh sungguh mengerikan kalau citer pasal diabetes kan
maknanya kandungan gula aku dah tahap tinggi

korang jgn salah anggap diet bukan untuk kurus semata2..tapi untuk SIHAT
haaaa...eja betul2 SIHAT..hehehe
meh aku nak share dgn semua pasal piramid makanan yg sepatutnya kite semua amalkan
kengkawan boleh tengok kat sini jugak...semoga kite semua dapat info yg berguna ye
oh ye, aku dah masuk minggu ke tiga berdiet...
jadual aku macam ni ye...
pagi2 park keta kat umah CC tempat aku keja..
jalan kaki ke opis about setengah km dan balik pon sama
balik keja aku amik dak mia pon jalan kaki..so, enough for exercise kot..errkkss ye ke?
dan makan plak..aku makan bekpes ni memang liat sikit aihhh
tapi tengahari aku amik sup2 dan buahan2..
petang aku balik keja..ekk petang ke..dah malam pon dalam kol 7 cepat2 masak dan make sure makan before 9pm..

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Apakah dia Piramid Makanan?

Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam

Food Pyramid
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)


Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .


Apakah yang membentuk satu sajian?

Jenis Makanan

Satu Sajian

  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim

Sayur-sayuran

  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran

Buah-buahan

  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan Produk Tenusu

  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia




5 org mintak aku reply komen;P:

Farra Dhelina said...

wah info yg berguna!! thnx for sharing sista!! ;)

risa said...

u are welcome my dear..mesti farra dah slim kan:)

DeLLa said...

uih..jln kaki tu..salute dear...sy mls..huhu

Lady of Leisure said...

lady kene diet tapi bukan sbb kencing manis, sebab lady dah tebab uwaaaa tensen tau...
sama2 lah kita tabahkan hati untuk berdiet ek..

risa said...

terpaksa lah della..akak kena bawa perfume spare sebab pepagi dah berpeluh2..euwwwww

lady...debab ke? tak nampak pon mana? mana?
ekekeke

 

Copyright © 2011 Reserved to mY HaPpy FAMiLy®
Design with love by CikBulat