****Bersyukurlah kerana anda telah dikesan menghidap tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian, anda adalah di antara hampir 3 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun tekanan darah anda tidak terlalu tinggi. Tekanan darah anda ialah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa. Tekanan darah seperti ini dinamakan tekanan darah tinggi ringan. Walaupun anda tidak perlu memakan ubat buat masa ini, harus diingat tekanan darah anda masih tidak normal. Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa. Oleh itu……. Bertekadlah untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda Kerana…… tekanan darah tinggi seperti yang anda alami tetap berbahaya. Tekanan darah tinggi ringan juga boleh menyebabkan
Kegagalan jantung
Angin ahmar (strok)
Penyakit buah pinggang.
Kurangkan penambahan garam dalam masakan atau makanan anda.
Kurangkan penambahan kicap dan sos di dalam masakan atau makanan.
Kurangkan penambahan kiub perasa / serbuk perasa dalam masakan atau makanan anda.
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin.
Rendam ikan bilis atau ikan masi selama beberapa jam sebelum dimasak.
Kurangkan makanan ringan yang masin seperti kerepek ubi, keropok dan kacang bergaram.
Ini lazimnya disebabkan keinginan untuk makan berlebihan dan kurang aktif. Cuba atasi kecenderungan ini dengan menanamkan sifat makan makanan yang sihat secara berjadual dan hidup cara aktif. Antara petua-petua yang berguna ialah:
Makan secara sederhana mengikut waktu (sarapan, tengah hari, petang dan malam)
Lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Pilih makanan yang kurang lemak dan gula.
Jadikan hidup cara aktif sebagai budaya hidup di dalam dan di luar rumah.
Pilihlah senaman yang menyeronokkan dan lakukan secara berkumpulan. Jadikan ianya sebahagian dari hidup anda yang aktif.
2. Keinginan memakan makanan masin
Pastikan anda sentiasa mengawal pengambilan garam atau serbuk perasa. Selain daripada menghadkan jumlah garam atau serbuk perasa seperti yang disebut pada peringkat 3, berhati-hatilah dengan garam dalam makanan-makanan dalam tin atau snek. Jangan khuatir jika makanan anda terasa terlalu tawar pada mulanya. Lama-kelamaan anda akan membiasakan lidah anda dengan makanan tawar sedikit ..…